" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, February 17, 2010

noUG: PERARAKAN MAULID NABI?


PERARAKAN MAULID NABI?

Nak tergelak pun ada, bila baca berita dalam Mstar yang menyebut;

“Umno Kelantan menyifatkan kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaan sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini adalah kompromi demi politik.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini kerana tidak sewajarnya kenyataan sedemikian keluar daripada mulut seorang tokoh ulama” (sila Klik)

Persoalannya, ayat Al-Quran dan hadis mana yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah mengadakan perarakan Maulid Nabi SAW?

Amalan sambutan Maulid Nabi SAW pun, pada asalnya tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW. Malahan, para sahabat dan imam mazhab pun tidak melakukannya.

Cumanya, sengaja diamalkan di kalangan umat Islam dengan tujuan untuk memperingatkan balik perjuangan Nabi Muhammad SAW. Justeru, ia diizinkan oleh sebilangan ulama tertentu.

Antara ulama yang membenarkan amalan tersebut dengan tujuan untuk peringatkan balik segala perjuangan Nabi SAW itu adalah Dr Yusuf Al-Qaradawi, Dr Said Ramdhan Al-Buti

Firman Allah;

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya;

“berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang yang beriman”

(Surah Az-Zariyat : 55)

Pun begitu, tidak dinafikan ada sebilangan ulama yang mengharamkannya dengan alasan bidaah, seperti Syaikh Albani, Syaikh Abdul Aziz bin Baz dan sebagainya.

Dalil mereka adalah sabda Nabi SAW;

مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

Maksudnya;

“barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan dari urusan kami, maka amalan tersebut adalah tertolak[1]

Pun begitu, bagi ulama yang memberi keizinan untuk menyambut maulid Nabi itu, hendaklah keizinan tersebut tidak boleh dianggapkan sebagai amalan yang disandarkan kepada amalan Nabi SAW. Jika disandarkan juga, ia merupakan pendustaan terhadap nabi.

Sabda Nabi SAW;

لَا تَكْذِبُوا عَلَيَّ فَإِنَّهُ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَلِجْ النَّارَ
Maksudnya;

“Jangan kamu lakukan dusta terhadap aku. Sesungguhnya, barangsiapa yang lakukan dusta terhadap aku, maka dia akan masuk neraka[2]

Juga hadis;

مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

Maksudnya;

”Barangsiapa melakukan dusta terhadap aku, maka dia telah menempah satu tempat daripada neraka[3]

Adapun berkenaan dengan amalan perarakan Maulid Nabi SAW, sudah pasti ia tidak pernah timbul sama sekali dalam amalan Islam versi Nabi Muhammad SAW. justeru, apabila diamalkan, ia tidak mendatangkan sebarang pahala pun.

Amalan Islam versi Nabi muhammad Saw ini, amat tidak sealiran dengan islam versi Melayu, yang beranggapan bahawa amalan ini adalah ibadat. Tanggapan tersebut, amat tersasar dari kehendak wahyu, bahkan jika dipertahankan juga, menandakan ia adalah amalan yang disandarkan kepada kejahilan terhadap amalan agama Islam itu sendiri.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111