" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Saturday, March 13, 2010

Berhati-hati jika ke FELDA TROLAK

Sempena cuti sekolah ini, orangkasai menerima banyak kad jemputan kahwin, ada yang jauh dan ada yang dekat. Tapi mujurlah tidak ada sebarang kad jemputan dari Felda Trolak dan Felda Sungai Klah. Eh, kenapa orangkasai berkata begitu?? Sebelum meneruskan catatan ini, orangkasai menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf daripada penduduk dikedua-dua felda tersebut yang baik-baik, yang bersifat dengan sifat kemanusiaan.

Walaupun ramai penduduk di Felda Trolak dan Felda Sungai Klah yang baik-baik, yang menjunjung amalan agama sebagai panduan hidup, tetapi hari ini muka mereka telah diconteng dengan arang dek perbuatan 9 orang anak muda dari kedua-dua felda tersebut. Sembilan anak muda mereka telah dituduh merogol seorang pelajar tingkatan 3, di Sungkai pada 28 Februari dan 1 Mac yang lalu. Mereka dituduh di bawah Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun dan sebatan.

orangkasai tertanya-tanya bagaimana peristiwa tersebut boleh berlaku di tempat yang berasingan disepanjang hari tersebut, iaitu bermula 6.10 pagi hingga 8 malam pada 28 Februari dan dari 1 pagi hingga 5 pagi dan seterusnya 12 tengah hari hingga 6 petang pada 1 Mac 2010. Macamana mangsa tersebut berada dalam jangkamasa yang panjang bersama suspek tidak dapat diketahui. (nak tahu kena tunggu perbicaraan nanti)

*** orang main futsal pun bukan semua akan menyumbatkan gol, hanya seorang atau dua pemain sahaja yang akan menyumbatkan gol. bayangkan 9 orang menyumbatkan gol yang lebih sempit dari gol futsal.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111