" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Saturday, March 13, 2010

BN=137, PR=78, BEBAS=7

Parlimen Malaysia akan mula bersidang semuala hari Isnin ni. Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 kali ni pasti akan lebih menarik dah menjanjikan aksi-aksi yang lebih 'seronok' untuk dilihat.

Kali ni susunatur kedudukan di dalam Parlimen akan berubah lagi bila 3 anggota PKR dah melompat bertukar jadi Bebas manakala sorang dipecat, juga jadi bebas.

Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) keluar parti kerana tidak lagi sehaluan dengan kepimpinan PKR manakala Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu) pula dipecat oleh parti itu.

Berdasarkan kedudukan terkini, PKR ada 27 kerusi, DAP 28 dan PAS 23. Barisan Nasional sebagai parti memerintah menguasai 137 kerusi dan Bebas tujuh. Pun begitu BN masih tak mempunyai majoriti 2/3, perlu lagi 6 orang lagi melompat baru BN boleh dapat majoriti 2/3 yang membolehkan BN buat apa saja undang-undang di Parlimen tanpa masalah.

Tentu seronok kalau dapat tengok terutamanya aksi-aksi menarik wakil yang baru melompat jadi bebas termasuk aksi 'kepala angin' Zul Nordin yang baru dipecat dari PKR. Tu pun kalau depa berani nak berdepan dengan wakil Pakatan Rakyat di dalam Parlimen.

Sebelum ni Karpal Sing pernah mencabar wakil 'bebas' ni supaya ponteng sidang dewan penggal ni. Kalau ada yang berani 'ponteng' sidang sepenggal penuh, ahli parlimen tu secara automatik terlucut dari jawatan sebagai wakil rakyat.

"Saya mencabar mereka tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat kelak bagi membolehkan kerusi dalam Dewan Rakyat dikosongkan," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya perkara 52 (1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan seseorang anggota Parlimen yang tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat selama satu penggal maka jawatan ahli Parlimen akan gugur secara automatik. - Bernama

Tak kurang menarik jugak, sidang kali ni akan berbahas berkenaan rang undang-undang baru termasuk Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009 yang akan dibaca untuk kali kedua. Maknanya pengundian akan dibuat selepas tu. Jangan pulak ramai ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ponteng macam masa pengundian Belanjawan tahun lepas. Memang nak kena belasah lagi teruk la kali ni.

Pihak polis pulak dah bagi amaran, jangan ada yang berani buat demo di Parlimen Isnin ni.

"Saya dimaklumkan risalah mengenai perhimpunan berkenaan telah diedarkan di pelbagai tempat selain disiarkan di internet, oleh itu saya mahu perkara ini dihentikan," katanya kepada pemberita di ibunegara hari ini.

"Kita ada kebebasan bersuara tapi gunakanlah dengan cara yang betul... jangan buat tindakan yang menggugat dan mengganggu orang awam.

"Perhimpunan bukan sahaja mengganggu kelancaran trafik di kawasan berkenaan tetapi juga menggugat ketenteraman negara," tambah beliau.

Polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang. -
Malaysiakini

Tapi aku yakin pihak polis pun tau, macamana keras pun 'amaran' pihak polis, demo tu akan berjalan jugak. Buat la 'road block' macamana pun, demo tu akan berjaya dibuat jugak.

Tambah-tambah pulak dah lama takdak demo di belah Lembah Kelang tu. Dengar kata, ramai yang merungut mengadu dah 'gian' nak rasa lagi air kimia dan bom asap.

Bagi geng-geng kaki mengaji kaki demonstrasi, jangan lupa temujanji di Parlimen Isnin ni. - Cenangau

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111