" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Saturday, March 13, 2010

Dua-dua Silap

Seorang ibu dibelasah oleh lima pelajar perempuan depan anak sendiri. Mula-mula orangkasai geleng kepala juga, rupanya sampai ke tahap itu sifat kurang ajar para pelajar sekarang. Yang buat orangkasai bingung, kerana kes ini melibatkan pelajar-pelajar perempuan, kalau pelajar lelaki yang terlibat mungkin tidak berapa pelik sangat. Semua pelajar tersebut bakal menduduki SPM pada tahun ini.

Puncanya apabila seorang ibu muda yang masih berusia 33 tahun, telah memarahi seorang pelajar yang mengganggu dan mengejek anak perempuannya yang juga pelajar tingkatan lima. Ibu muda ini nampak tersilap apabila dia telah berlaku kasar dengan memarahi dan menolak kepala pelajar tersebut. Sepatutnya perselisihan tersebut diselesaikan sesama mereka yang sudah berakal, sudah berusia 17 tahun. Atau laporkan masalah tersebut kepada guru disiplin, minta tolong guru selesaikan masalah tersebut dan bukannya cuba menyelesaikan sendiri. orangkasai yakin, inilah punca berlakunya adegan ibu muda tersebut dibelasah, ditendang, dipijak, ditarik rambut oleh para pelajar tersebut.

Lain kali, kita perlu bijaksana. Jangan kita berkasar dengan orang yang bersikap kasar, kerana ia bagai menyimbah minyak ke dalam api. Sebaliknya gunakanlah pendekatan berlembut atau memberi nasihat, kerana secara psikologinya orang yang kasar sekalipun akan cair dan segan dengan sikap sopan santun kita.

Namun kita berharap guru disiplin atau pengetua sekolah yang berkenaan tidak akan memandang sepi atas kejadian tersebut. Sesuatu tindakan yang wajar perlu dilakukan agar tahap disiplin pelajar sekolah tersebut tidak terlalu biadap.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111