" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, March 30, 2010

MUSA AMAN HANTAR GURKHA KE MAHKAMAH?

BELATUK.... Apakah Kadzim menjadi burung belatuk jambul putih yang diarahkan Musa Aman berkata "Nahi" di mahkamah bagi setiap soalan pendakwaraya yang melibatkan UMNO Sabah.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

PERTAMA kali dalam sejarah mahkamah di Malaysia seorang Setiausaha Eksekutif UMNO diarah mewakili UMNO untuk bercakap tentang wang dan derma yang diterima UMNO sedangkan Bendahari UMNO yang bertanggung jawab terhadap kewangan tidak disapena ke mahkamah.

Tidak diketahui apa mimpi Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kevin Morais mensapena Setiausaha Eksekutif UMNO Sabah, Datuk Kadzim Yahya untuk memberi keterangan berhubung dengan kes rasuah yang melibatkan adik angkat Ketua Menteri Sabah, Michael Chia Tien Foh @ Mikhael Aman.

Bukankah Bendahari UMNO Sabah, orang yang bertanggung jawab memberi keterangan sama ada benar atau tidak UMNO Sabah ada menerima RM3 juta daripada Peluamas Sdn.Bhd sebagaimana yang dinyatakan dalam kertas pertuduhan iaitu “membayar RM3 Juta untuk Tabung Politik UMNO Sabah.”

Namun dalam keterangannya di hadapan Majistret Elsie Primus, Kadzim menyatakan bahawa UMNO Sabah tidak pernah menerima derma daripada Peluamas Sdn.Bhd atau wakilnya.

Tambah mengejutkan, Kadzim mengakui bahawa UMNO Sabah tidak pernah mengeluarkan resit bayaran kepada penderma; sebaliknya hanya mengeluarkan Sijil Penghargaan!

Orang ramai yang mengikuti perbicaraan berkenaan berbisik sesama sendiri dan berpendapat tidak ada gunanya menderma kepada UMNO kerana tidak dikecualikan cukai disebabkan UMNO tidak memberi resit bayaran, sebaliknya hanya Sijil Penghargaan yang tidak mencatatkan jumlah derma.

Namun kata mereka, bolehkah UMNO Sabah menerima derma daripada para pembalak yang mendapat konsesi atau diberikan konsesi melalui lunas undang-undang dan diciptakan syarat yang tidak dinyatakan dalam dokumen perjanjian, semata-mata untuk menyediakan dana haram untuk pemimpin UMNO?

PANGKOR INDAH BEACH RESORT PULAU PANGKOR

“Bukankah setiap derma harus melalui UMNO Malaysia sebelum disalurkan kepada UMNO Sabah agar Presiden UMNO mengetahui siapa yang berjasa kepada UMNO,” ujar Karamah, bekas kontraktor pembalakan yang mengikuti kes berkenaan sejak kes tersebut disebut semula pada 1 Oktober 2009.

Karamah berpendapat, akibat amalan tidak sihat berkenaan, sehingga kini Presiden UMNO dan Bendahari UMNO Sabah tidak mengetahui siapa yang menderma kepada UMNO dan jumlah derma bagi membiayai Bangunan UMNO Sabah di atas tapak tanah milik adik ipar Musa Aman yang dikurangkan premiumnya oleh Mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Chong Kah Kiat (Tan Sri); sedangkan tanah berkenaan milik syarikat swasta.

“Mengikut maklumat dan bukti yang kita terima, Peluamas telah membayar RM20 Juta kepada UMNO Sabah. Ke mana wang tersebut? Kenapa SPRM tidak siasat siapa terima wang tersebut, sama seperti Skandal PKFZ. Siapa terima RM8.8 juta lagi yang diserahkan sebagai syarat RM25 untuk semeter padu balak?,” kata Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Sabah, Zainuddin Hassan yang mengikuti perbicaraan berkenaan.

Zainuddin membidas SPRM yang tidak cekap di mahkamah kerana memanggil saksi yang tidak berkaitan langsung dalam kes yang memerlukan taktik dan teknik serangan ‘ala Sun Tzu’ untuk memenangi kes yang begitu mudah, tanpa melalui perbicaraan yang panjang; terutama yang melibatkan Mikhael Aman dan Musa Aman kerana pembayaran rasuah dibuat melalui cek.

“Sebagai pembayar cukai dan pemilih berdaftar, saya rasa begitu malu dan terkilan kerana seorang lelaki bernama Hashim Lim @ Hashim Cina boleh mengaitkan nama Pembesar Negara. Begitu juga dengan kroni Musa Aman, Datuk Albert Lim yang mengaitkan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail yang didakwa kononnya akan bekerja sama untuk menutup kes berkenaan; sebagaimana yang berlaku kepada kes 81 Dalil Musa Aman apabila peguam Negara mengatakan, “No Case to Answer,” ujar Zainuddin yang mendakwa rasuah di Sabah semakin tidak terkawal kerana SPRM Sabah tidak segagah era Puan Latifah Md Yatim.

SabahKini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111