Hari ini kerajaan 1Malaysia di Putrajaya dijangka 'bergegar' apabila kira-kira 1000 orang asli dari seluruh Malaysia dijangka berhimpun untuk menyuarakan protes tentang dasar pemilikan tanah.
Menurut koordinator POASM, Jenita Engi,perhimpunan tersebut anjuran bersama Persatuan Orang Asli Semenanjug Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak kerana kegagalan rundingan dengan JHEOA awal bulan ini menemui kegagalan. Langkah ini diambil kerana mereka merasa ditipu dan dipermainkan dalam isu berkenaan.
Dalam isu yang berlainan Menteri Penerangan, Komunikasi dan KebudayaanDatuk Seri Dr. Rais Yatim mengumumkan semalam akan mempromosi seorang pengukir orang asli ke Amerika awal bulan depan untuk mempromosikan seni kraf tangan tempatan serta kebudayaan etnik minoriti itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Moyang anjuran Jabatan Penerangan Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) di Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey semalam.
Walau bagaimanapun saya yakin orang asli yang bercadang melakukan demontrasi di Putrajaya hari ini tidak akan gelap mata atau termakan 'umpan' berkenaan.
Sebelum ini orang asli di seluruh negara dianggap sebagai pengundi tradisi BN setiap kali pilihanraya. Undi mereka dianggap boleh dibeli dengan beras sekampit dan rokok sekotak. Malah ada pemimpin Umno yang menaja rombongan orang asli ke Kuala Lumpur sebagai 'ganjaran' memenangkan calon Umno-BN dalam pilihanraya.
Maka orang asli yang duduk di pondok beratapkan nipah dan berlantaikan buluh akan dipersonakan dengan kehebatan kerajaan 1Malaysia bila dibawa melawat ke tempat seperti KLCC, PWTC dan Menara Kuala Lumpur.
Sehingga ada yang di antaranya apabila balik mengalami sakit tengkuk kerana terlalu banyak mendongak melihat bangunan pencakar langit sebagai propaganda hasil pembangunan dan kemakmuran negara. Malah ada di kalangan mereka apabila pulang terpaksa berputih mata kerana 'mahligai' mereka telah hanyut dalam banjir!
Maka selepas itu mereka terus dituntut agar terus memberi undi Umno-BN dalam pilihanraya .Tindakan orang asli yang bakal menyuarakan protes di Putrajaya pada hari ini memberi isyarat yang cukup jelas kepada kerajaan 1Malaysia bahawa orang asli kini semakin cerdik dan lebih berani menyuarakan hak dan keadilan yang dinafikan walaupun lebih 50 tahun negara mencapai kemerdekaan. Mereka juga cukup bersedia untuk mengubah kerajaan yang ada yang selama ini meminggirkan mereka dan sering menabur janji-janji palsu.
Tahniah dan syabas kepada orang asli yang kini lebih cerdik dari pengundi tradisi Umno-BN yang maruah dan undi mereka boleh dibeli dengan kain batik atau kain pelikat sehelai. |
No comments:
Post a Comment