" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, March 10, 2010

PAS PERLU PERKUKUHKAN PARTI, JANGAN LAYAN PEJUANG YANG UTAMAKAN PERIBADI

oleh KedahLama

Sejak kewujudan PAS sebagai parti altenatif dalam memperjuangkan Islam di negara ini, UMNO makin lama makin gusar dan layu dibuai mimpi-mimpi lama dan masih berasa angkuh sebagai pejuang Melayu sebenar. Hakikatnya PAS kini semakin kuat dan makin dipercayai bukan sahaja oleh orang-orang Melayu, malah kaum lain yang bermastautin di negara ini. Kebanjiran beberapa orang pemimpin dan AHli Parlimen dari PKR yang keluar parti baru-baru ini membuktikan bahawa tarbiyyah dan semangat Islam yang diperjuangkan oleh PAS semakin terserlah. PAS bergerak secara Amal Jamaie.

PAS membuat keputusan secara Syura. Ada Dewan Ulamak, ada Mursyidul Am. Ahli-ahli dididik dengan semangat juang Islam yang tinggi. Ahli-ahli PAs telah lama berkorban. Apa sahaja yang dianggap boleh membina jambatan bahagia di akhirat akan dilakukan oleh ahli-ahli PAS. Setianya ahli-ahli PAS kepada parti ibarat setianya para sahabat kepada Rasulullah SAW. Yang ini pemimpin-pemimpin PAS kena faham. Kena beri perhatian dan kena ambil berat. Jerih payah ahli bawahan bekerja dan berjuang untuk mengangkat pemimpin menjadi pemerintah perlu diberi perhatian.

Berbalik kepada kisah Zul Nordin ni, rasanya PAS tidak perlu melayan karenah beliau. Zul Nordin bukanlah orang yang faham akan organisasi. Beliau banyak mencari publisiti murahan dengan berselindung disebalik perjuangan Islam. Islam tidak galakkan umatnya perjuangkan agama secara sendirian. Islam menyeru agar perjuangkan Islam secara berjamaah. "Sesungguhnya kambing yang terlepas dari kumpulannya, akan mudah dibaham oleh serigala".

Zul Nordin adalah manusia ego. Tidak hormat organisasi. Tidak tahu berjamaah. Tidak pandai berpolitik secara Islam. Tidak memahami sejarah Islam. Tidak faham sirah Nabi. Dari kenyataan yang beliau keluarkan menampakkan bahawa seolah-olah beliau ini boleh berjaya dan menang dalam pilihanraya jika jadi calon bebas. Beliau tidak perlu parti kerana merasakan dirinya sudah cukup kuat dan rakyat atau pengundi akan memangkahnya dalam pilihanraya. Jika itulah perasaan hatinya, adalah sangat elok beliau bergerak sendirian untuk memperjuangkan Islam. Dan sekiranya PAS menerima orang seperti ini, bermakna PAS membawa masuk penjenayah politik yang bakal menenggelamkan kapal PAS.

Orang ini akan menjadi virus dan ulat yang akan memakan kapal PAS sehingga reput dan tenggelam. Oleh itu PAS perlu tutup rapat pintunya kepada Zul Nordin. Tidak perlu banyak mengulas dan berbincang dengan nama 'ZULKIFLI NORDIN' kerana selagi namanya selalu disebut dan dibicarakan, beliau akan berasa bahawa dirinya itu hebat, penting dan kuat. Paling elok, semua pimpinan PAS terus diamkan diri dan jangan sembang-sembang dan keluarkan apa-apa kenyataan terhadap Zul Nordin ini. Ini kerana Zul Nordin sebenarnya tidak mempunyai apa-apa kekuatan. Beliau hanyalah ulat gonggok yang akan jatuh dari pelepah kelapa apabila tiba musin sejuk...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111