(Satira dalam karya sastera)
Sahut-sahutan,
kokok ayam jantan,
mencari taji,
mahu kuat panji,
sebagai tanda gahnya.
Bebulu mula gugur,
tampak kudis di celah kepak,
sayap tidak berdaya,
mengharung lawan,
dalam gelanggang.
Buntut mentahi,
tuan nak buat sup,
sudah tidak selera,
ayam Jantan jadi kalut,
mahu terjun ke laut,
tidak tahu berenang,
mahu terbang di awan,
sayap kepayahan,
di mana nak bertaut?,
kawan taulan sudah renggang.
Hanya mampu melutut,
ampunkan saya tuan,
saya akan patuh arahan tuan,
tapi dengan syarat,
jangan paksa saya bertarung,
kerana kudis belum terubat,
jangan dosa terus disumbat,
mahu segera bertaubat,
supaya nama sentiasa terpahat,
kokok Jantan banyak minat,
walau bukan jadi taruhan,
dalam gelanggang yang keparat.
Saya tidak suka judi,
judi itu musnah kendiri,
takut nanti merana diri,
diri sendiri yang akan rugi.
Hasil karya,
IBRAHIM TABIR (Kunakpress)


No comments:
Post a Comment