" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, March 8, 2010

Tuan Ibrahim Buat U-Turn, Dah Tak Terima Zulkifli

Hari ini beberapa jam selepas membuat kenyataan bahawa PAS Sedia Terima Zulkifli seperti tersiar di dalam akhbar MSTAR semalam, Tuan Ibrahim Tuan Man telah membuat pusing tajam U menafikan apa yang dinyatakan semalam. Tidak pula beliau menafikan akhbar itu tersalah lapor, hanya dikatakan beliau tidak bermaksud demikian.

Kenyataan yang dikeluarkan semalam telah mendapat kritikan pedas dari pelbagai pihak dan hanya disokong oleh sekumpulan kecil yang sebelum ini dikenali taksub UG (biasanya mereka akan menyatakan UG dah tak ada lagi), malah ada yang mendesk agar Tuan Ibrahim melepaskan jawatannya sebagai Naib Presiden.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, YB Mahfuz Omar turut menyelar kenyataan Tuan Ibrahim tersebut.

Menurut Mahfuz, keterbukaan Tuan Ibrahim mempelawa Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Zulkifli Nordin menyertai PAS seperti yang dilaporkan akhbar elektronik mStar hari ini wajar diteliti terlebih dahulu oleh kepemimpinan tertinggi PAS.

Menurut Mahfuz lagi, PAS seharusnya mengormati etika kepartian yang dipegang secara bersama-sama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

"Kita tak boleh ambil ahli-ahli yang ditolak oleh parti kawan-kawan kita, apatah lagi kalau seseorang itu ditolak disebabkan mengganggu muafakat Pakatan Rakyat, kerana ini etika yang dipegang bersama," jelasnya.

GB telah membuat ulasan ini:


Ulasan GB

"Hakim" yang memutuskan menggantung keahlian Khalid Samad, Tuan Ibrahim Tuan Man tiba-tiba membuat kenyataan PAS bersedia menerima YB Zulkifli Noordin yang dipecat oleh PKR.

Kenyataan Tuan Ibrahim mendahulu sekalian pimpinan PAS yang lain dan kenyataan itu dilihat tidak menghormati keputusan rakan komponen PR yang telah memecat Zulkifli Noordin sebelum ini.

Zulkifli dipecat kerana membuat laporan polis terhadap MP PAS, Khalid Samad, tiba-tiba PAS pula ingin menyabut Zulkifli Noordin kedalam partinya.

Ketara sangat bebalnya PAS dan busuk hati Tuan Ibrahim ini terhadap Khalid Samad. Itu sebab mengapa Khalid dikenakan tindakan gantung keahlian sedangkan Hassan Ali hanya diberikan amaran sekalipun kesalahan Hassan Ali jauh lebih besar dari Khalid.

Jika dibuat pungutan suara di kalangan semua ahli PAS, GB amat percaya majoriti ahli PAS tidak akan dapat menerima Zulkifli.

Tuan Ibrahim perlu dikenakan tindakan!


Hari ini harakahdaily melaporkan Tuan Ibrahim menyatakan PAS memang mengamalkan dasar terbuka dalam keahlian parti namun tidak bermaksud akan menerima Zulkifli Nordin jika beliau membuat permohonan untuk menjadi ahli.

Beliau menambah lagi, jika PAS menerima bulat-bulat bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, samalah seperti melukakan hati kedua-dua rakan dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP.

"Sebenarnya mungkin silap faham dalam laporan tersebut. PAS mengamalkan dasar terbuka dalam keahlian. Prinsip kita, sesiapa yang nak jadi ahli, kita memang mengalukan keahlian yang ramai dalam parti tapi bukan bermaksud kita menerima Zulkifli (Noordin).

"Menerima Zulkifli Noordin dalam PAS bermaksud kita menyakiti hati rakan kita dalam Pakatan Rakyat. Dia dipecat atas masalah disiplin, jadi jika kita menerima (beliau) bermaksud kita menerima seseorang yang boleh merosakkan imej parti dan hubungan kita dalam Pakatan.

"PAS sebagai parti komponen dalam Pakatan akan memelihara setiakawan dan perasan rakan dalam Pakatan," katanya ketika menghubungi Harakahdaily pagi ini.

Beliau berkata demikian sebagai membuat pembetulan ke atas laporan portal berita Mstar online semalam yang bertajuk 'PAS sedia terima Zulkifli'.

Tuan Ibrahim dipetik sebagai berkata, PAS sedia mempertimbangkan penyertaan Zulkifli ke dalam parti itu dan sentiasa mengamalkan dasar terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menyertai kami termasuk Zulkifli.

Beliau menafikan perkara itu sebaliknya menjelaskan, beliau membuat kenyataan itu dalam konteks prosedur umum parti iaitu jika sesiapa membuat permohonan untuk menjadi ahli, ianya akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk dipertimbangkan.

"Dalam konteks kenyataan umum berkaitan keahlian, prosedur parti (adalah) sesiapa yang mohon (untuk) menjadi ahli kita akan bawa ke mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk dinilai dan dipertimbangkan.

"Itu prinsip umum dalam parti. Bukan saya buat kenyataan PAS akan terima Zulkifli," jelasnya.

Tegas beliau juga, PAS lebih rela kehilangan satu kerusi Pakatan rakyat di parlimen daripada menerima individu yang sering menimbulkan masalah dalam Pakatan rakyat.

"Walaupun mungkin pemecatan Zulkifli ini menyebabkan kita hilang satu kerusi parlimen, tapi kita lebih rela hilang kerusi parlimen daripada merosakkan hubungan dalam Pakatan yang akan menjejaskan sokongan rakyat," tegasnya.

Beliau turut menyeru agar semua ahli Pakatan Rakyat bertanggungjawab dalam menjaga nama baik parti dan tidak menimbulkan masalah yang boleh menjejaskan pandangan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

"Dalam Pakatan Rakyat sudah dibentuk satu jawatankuasa tatatertib yang dipengerusikan R. Sivarasa dan saya salah seorang ahli. Saya menyeru semua ahli Pakatan supaya isu-isu yang melibatkan imej dan nama baik Pakatan dan pandangan baik masyarakat terhadap kita sekarang dapat ditingkatkan supaya kita mampu membina keyakinan rakyat terhadap kita dalam pilihanraya ke 13 nanti," katanya.

Ujarnya, jika Zulkifli memohon untuk menjadi ahli PAS, parti itu harus terlebih dahulu melihat kepada latar belakang Zulkifli.

"Kalau Zulkifli hantar borang permohonan, kita akan bawa ke mesyurat tapi saya yakin pada tahap ini, PAS tidak akan menerima beliau.

"Beliau pernah memegang jawatan dalam PAS dan kemudian keluar PAS, masuk PKR. Dan sekarang buat masalah dalam PKR pula. Jadi saya fikir PAS harus melihat latar belakang beliau ini," katanya.



Ulasan GB

Ada seorang hamba Allah menamakan dirinya Mohd, Rusila, Mansoura, Egypt- membuat komentar kononnya mereka yang menentang kemasukan YB Zul sebagai paranoia.


rasanya ada orang yang paranoia dgn kemungkinan YB Zul masuk PAS. Paranaoia selamanya dari dulu hampai sekarang tak berubah mampu bawa rebah.

-Mohd, Rusila, Mansoura, Egypt


Sekarang TITM pun paranoia jugak kah?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111