" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, March 25, 2010

Wanita Madura dengan lelaki Lombok

Oleh - Abd Jalil Ali

kalaulah saya masih muda remaja, apa yang saya akan lakukan sekarang ialah berkawan rapat dengan pekerja warga asing, baik di bidang binaan, perladangan, mahu pun yang menjadi tukang kasut di kaki lima Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Tetapi, saya tidak akan berbaik dengan pekerja dari Bangladesh, India atau Afrika. Tidak juga saya berminat untuk berkawan dengan pendatang dari Surabaya, Semarang, Bandung, Padang, Aceh, Sulewasi atau yang datang dari mana-mana bahagian lain Republik Indonesia.

Saya hanya akan berkawan dengan pekerja lelaki dari Lombok. Terus-terang, saya ingin mempelajari ilmu dan teknik memikat gadis dari jejaka seberang itu. Sejak lima enam bulan ini Lombok menjadi buah mulut orang kita. Lombok sudah menjadi isu, sama menarik dengan isu Ambalat, lagu Terang Bulan, tarian pendet, barongan, dan lain-lain.

Dulu-dulu, apabila disebut Indonesia, orang kita akan segera teringat Madura. Ada sate Madura, ada jamu Madura. Tetapi, dalam kalangan lelaki kita, mereka tidak tertarik pada sate atau jamu. Mereka lebih teruja dengan gadis dan wanita Madura. Konon, wanita Madura amat hebat ketika di ranjang. Kata yang empunya cerita, ‘cengkamannya’ kuat sekali.

Betapa pun hebat cengkaman wanita Madura, tidak ramai lelaki kita berjaya ditawan dan diheret ke seberang Selat Melaka. Seingat saya hanya seorang dua teman yang sempat membuka ‘cawangan’ baru di Indonesia. Itu pun bukan dengan wanita Madura, tetapi lebih banyak dengan gadis dan wanita di Medan.

Ada pun lelaki atau suami yang berkahwin dengan wanita dari seberang, mereka jarang membawa isteri baru itu ke Malaysia. Maklumlah pembukaan cawangan baru itu pun dilakukan secara senyap, tanpa publisiti. Biasanya isteri Indonesia itu akan kekal di sana, menjadi ‘istana hinggap’ yang dikunjungi sekali-sekala.

Pendek kata, dari segi menawan hati wanita di seberang sana, lelaki kita tidak sehebat mana. Wanita dan gadis sana hanya bersedia untuk dijadikan isteri lelaki kita sekiranya lelaki itu banyak duit dan dapat menjanjikan kemewahan. Bilangan wanita seberang yang berjaya dibawa ke sini – sebagai isteri – juga tidak seberapa.

Berbanding sekali halnya dengan lelaki Lombok yang bekerja di negara ini. Mereka tidak berduit, tidak berharta. Kebanyakan bekerja hanya sebagai buruh binaan atau pekerja ladang. Keadaan hidup mereka amat sederhana. Mereka juga tidak menjanjikan sebarang kebahagiaan kepada kekasih atau bakal isteri.

Tetapi, mereka berjaya memikat hati dan perasaan ramai gadis kita, kebanyakan berusia di bawah 18 tahun. Bukan sahaja memikat hati dan perasaan, malah berjaya juga mengikat jasad orang kita dengan tali perkahwinan. Tidak sahaja kahwin, lelaki Lombok berjaya membawa gadis dan wanita kita pulang ke Indonesia.

Tidak diketahui jumlah sebenar. Tetapi, menurut Pemuda dan Puteri UMNO, jumlah gadis kita yang terlibat dengan perkahwinan lelaki Lombok lebih 600 orang. Ada sahaja wanita kita dipikat, dicintai, kemudian dikahwini dan akhirnya dibawa @ dilarikan ke seberang.

Tanpa wang, tanpa harta, tanpa kereta besar, dan tanpa ubat guna-guna atau jampi serapah, orang kita boleh jatuh cinta dan sanggup meninggalkan ibu bapa untuk mengikut kekasihnya ke Lombok. Pasti jejaka Lombok mempunyai daya pemikat yang kuat. Itulah yang hendak saya pelajari daripada mereka, sekiranya saya masih muda. Sekarang sudah terlewat untuk saya mempelajari kemahiran itu.

Oleh sebab ramai gadis kita dibawa ke Lombok, ada pihak yang berasa tidak senang dengan perkara ini. Ramai yang mahu perkara ini dihentikan. Puteri UMNO mahu pihak berkuasa menapis lelaki dari Indonesia dan tidak meluluskan kemasukan lelaki dari Lombok.

Dalam waktu yang sama Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO dari semasa ke semasa mengumpul dana untuk membawa pulang gadis kita yang berada di Lombok. Biro ini menjadi tempat mengadu ibu bapa yang anak gadis mereka telah berkahwin dan dibawa suami mereka ke kampung di Lombok.

Saya amat bersimpati dengan ibu bapa yang kehilangan anak gadis mereka kerana dibawa ke Indonesia. Tetapi, baik Puteri mahu pun Pemuda UMNO tidak perlu berhati walang dan bersusah payah untuk mengambil semula orang kita yang berada di negara asing itu. Gadis-gadis itu sudah terlepas ke sana, biarlah mereka yang berkenaan sahaja berusaha untuk membawanya pulang ke sini. Puteri dan Pemuda UMNO patut tumpukan usaha mengatasi banyak lagi masalah di sini.

Tambahan pula pemergian gadis dan wanita kita ke sana bukan atas paksaan, tetapi atas dasar cinta yang kuat sehingga sanggup melupakan orang tua. Biarlah mereka memilih lelaki seberang dan membina keluarga di sana. Lagi pun kalau hendak mengharapkan lelaki tempatan mungkin mereka tidak akan kahwin, sebab lelaki kita semakin pupus oleh dadah dan lain-lain gejala negatif.

DetikDaily

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111