" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, April 5, 2010

JAWATAN JSJ KUNAK MILIK CINA?


REKOD.... Wee (tengah) ketika bertugas sebagai Ketua CID Kunak, 2005.

Oleh: SAHID MARUWANGI

ANGKATAN Muda Parti Keadilan Rakyat Kunak menyarankan agar Pesuruhjaya Polis Sabah menempatkan pegawai kanan polis berketurunan ‘Melayu’ atau ‘bumiputera’ bagi mengatasi masalah salahguna kuasa dan membanteras jenayah di Kunak.

Exco AMK PKR Pusat, Citra Masadi, yang menghubungi Sabahkini.net berkata, tiba masanya PDRM mengamalkan konsep ‘menang-menang’ dalam menangani jenayah dan membanteras salahguna kuasa yang berleluasa di Kunak selama ini.

“Kita mengalu-alukan perpindahan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kunak, ASP Tan Hiap Wah ke Kinabatangan kerana beliau antara salah satu punca pertumpahan darah dalam tragedi Tingkayu di Kunak; tetapi kita membantah keras penempatan Chief Inspektor Wee Devets Tan sebagai Ketua JSJ Kunak,” ujar Citra yang menerima pelbagai respon negatif daripada masyarakat berhubung penempatan Bekas Pegawai CID paling lama pernah bertugas di Kunak.

Kata Citra, Kunak adalah kawasan panas dan memerlukan pegawai bumiputera yang berdisiplin kerana semua pegawai JSJ yang ditempatkan sebelum ini terlibat dengan rasuah dan salahguna kuasa.

“Apakah CP (Pesuruhjaya Polis Sabah) ingin tragedi Tingkayu berulang lagi dengan menempatkan Wee kembali bertugas di Kunak? Wee mempunyai ramai kawan dan kebanyakannya terlibat dalam kes pertikaian tanah di Tingkayu yang didalangi Cina daripada Semenanjung. Mereka tidak berhak di atas tanah Sabah, tetapi menggunakan wang untuk membeli ‘polis’ mengawal harta mereka di Kunak,” ujar Citra yang kesal kerana sepanjang perkhidmatan ASP Tan di Kunak, Ketua Polis Daerah gagal menjalankan tugas menurut kuasa yang diperuntukan undang-undang.

Kata Citra, beliau kesal kerana seorang yang membuat laporan palsu dalam kes penangkapan 10 pengawal keselamatan Skim Pekebun Kecil Tingkayu dibebaskan begitu sahaja tidak sampai 24 jam sekalipun lelaki berkenaan menggunakan dokumen palsu, kononnya atas arahan ASP Tan yang ketika itu sedang bercuti.

Citra meminta penjelasan daripada Ketua Polis Daerah kenapa lelaki berkenaan dibebaskan begitu cepat sedangkan beliau membuat laporan palsu atas arahan ‘orang tertentu’ dan menggunakan dokumen pengenalan diri yang disahkan tidak ada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara.

“Kalau pekebun kecil ditahan sesuka hati tanpa reman, kenapa Pati dibebaskan begitu sahaja? Kunak masih belum keluar daripada badi ‘High Chaparral’ atau pekan Koboi yang menyaksikan polis menjadi raja,” kata Citra yang menggesa agar Pesuruhjaya Polis Sabah membatalkan penempatan Wee ke Kunak, namun menyokong pertukaran ASP Tan ke Kinabatangan

Sabahkini.net
pangkorkini.net

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111