" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, April 5, 2010

Kempen BN Langgar Peraturan

Badan Pemantau Pilihan Raya (Mafrel) membidas tindakan Kerajaan Pusat meluluskan pelbagai projek perumahan dan sekolah kepada penduduk Hulu Selangor.

Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, Barisan Nasional (BN) seolah-olah tidak menghormati proses pilihan raya demokratik dan menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak tegas terhadap BN.

”Ini satu jenis kempen dan kalau berbalik kepada peraturan pilihan raya, tindakan itu adalah kesalahan mengikut peraturan pilihan raya.

“Jadi, seharusnya SPR memberikan amaran dan mengeluarkan arahan supaya tidak ada apa-apa kempen sehingga hari penamaan calon,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, semalam.

Mafrel berkata, Kerajaan Pusat mungkin mendakwa apa yang dilakukan itu terkandung dalam rangka menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat jawatan kerajaan tetapi hakikatnya ia jelas berunsur kempen.

"Kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor sepatutnya belum boleh dimulakan selagi proses penamaan calon pada 17 April belum berlangsung.

"Tindakan BN jelas bercanggah Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2006) yang menyebut seseorang didapati bersalah jika melakukan sogokan sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung," katanya.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi amaran kepada semua pihak supaya berhenti berkempen kerana pilihan raya kecil Hulu Selangor masih belum bermula lagi.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana tempoh rasmi berkempen hanya bermula selepas selesai tempoh penamaan calon iaitu pada 17 April.

“Sebelum hari penamaan calon, SPR boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana parti yang memasang bendera dan sepanduk, berkumpul dan berarak untuk tujuan berkempen.

“Saya meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis meningkatkan pemantauan aktiviti kempen pihak terbabit sekarang.

"Mana-mana parti yang bertanding perlu mematuhi undang-undang iaitu hanya dibenarkan berkempen selepas hari penamaan,” katanya.

Detikdaily.net
pangkorkini.net

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111