Pages

Saturday, April 3, 2010

MEB umpama 'tulang yang direbus berulang kali' - Mahfuz

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar menyifatkan Model Ekonomi Baru (MEB) tidak memberi kesan kepada rakyat mahupun membawa sesuatu yang baru umpama 'tulang yang direbus berulang kali, sedangkan isinya tiada' .

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, pengumuman yang dibuar Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tidak langsung membawa satu 'berita gembira' kepada rakyat, sebaliknya hanya kepada kroni-kroni Umno/BN yang telah diatur untuk mendapatkan projek dalam MEB.

Hakikatnya pelancaran MEB hanya mengulangi retorik kepentingan peribadi syarikat berkepentingan kroni Umno/BN yang akan mengaut keuntungan dengan dasar penswastaan yang lebih parah, katanya.

Penggunaan dana awam seperti Kumpulan Wan Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pelaburan kepada syarikat-syarikat kroni hanya akan membuka satu lagi masalah baru kepada rakyat dan pencarum, katanya.

Ini kerana sebelum ini terdapat rekod-rekod buruk beberapa GLC mahupun syarikat milik kroni yang diberikan 'suntikan' pelaburan melalui dana awam yang akhirnya menyebabkan kerugian, ujar Mahfuz.

DetikDaily.net

No comments:

Post a Comment