" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, April 6, 2010

Sindiran Filem -Sumpah Semerah Padi

Semasa memandu pulang malam tadi, hati tidak tenteram.

Dalam keresahan itu, fikiran ku melayang teringatkan Semerah Padi, filem arahan seniman agong dan luar biasa, P Ramlee pada tahun 1956. Satu-satu filem drama klasik Melayu yang pernah menang anugerah antarabangsa. Sama berlakun adalah seorang lagi Seniman yang benar-benar agong, Nordin Ahmad.Kenapa ku sebut benar-benar agong?

Bukankah ramai sekarang ini yang beraksi Seniman Agong. Cuma bukan di atas pentas atau filem. Lakunan tiada pengisian nilai, hanya jiwa yang tewas kepada nafsu hingga sanggup menggadai perjuangan, kepentingan dan maruah agama, bangsa dan tanahair.

Sinopsis Semerah Padi oleh Wikipedia ku terakan berikut ceritanya:
Dua sahabat akrab, Aduka (P.Ramlee) dan Teruna (Nordin Ahmad) ditugaskan mentadbir kampong Semerah Padi berpandukan aspek-aspek keislaman.
Dara, anak ketua kampong mempunyai hubungan cinta dengan Aduka tetapi ditunangkan kepada Teruna. Dara merahsiakan hubungan mereka supaya tidak durhaka kepada ayahnya dan Aduka, supaya tidak menyakiti sahabat akrabnya.

Negeri dilanda lanun dan Teruna dikerah ketua kampong berkhidmat dengan Sultan. Semerah Padi pula diserang Borek dan kuncu-kuncunya yang menculik Dara. Aduka pergi menyelamatkannya. Cinta membawa kecundang bila nafsu mengatasi segalanya. Aduka dan Dara terlanjur berzina.
Mungkin cerita ini yang membuat perjalanan pulang ku melayang ke filem lama ini. Aku tidak pernah lupa satu cebisan dialog dari satu babak yang aku sendiri pernah lakunkan di pentas sekolah.

Dalam suasana hujan yang sedang lebat, Aduka membuat pengakuan mengenai hubungannya. Taruna berteriak sedih, "Aduka! Aduka! Lupakah kau pada tuhan! Lupakah kau pada ugama Islam!"

Hati ku tidak tenteram. Ramai yang sudah lupa kepada tuhan. Ramai yang lupa pada nilai-nilai keugamanaan. Ramai yang sudah tinggalkan "perjuangan yang belum selesai." Ramai yang berlakun pura-pura.



Adakah antara mereka tahu menyesal seperti Aduka? Sanggupkah bertaubat dan merelakan hukuman? Pelbagai persoalan timbul dalam fikiran dan jiwa ku.

Borek dengan kuncu-kuncunya sudah menghuru-harakan negara. Kita bertelanggah perkara remeh hingga lupa dan lalai ancaman yang sudah menjelma. Musuh sudah di dalam pagar!

Tanahair dilanggar "todak"! Dimanakah kau "Hang Nadim"? Sanggupkah anak muda kehadapan, walaupun kamu mungkin terkorban atas pengorbananmu?

Keluarlah "Mat Kilau" dari sembunyian! Berani lagikah "Tok Janggut", walaupun berakhir di tali gantung? "Si Bongkok", jangan semangat mu hanya ingatan dalam "tajuk"!

Radio kereta ku tidak memainkan lagu negeri ku untuk meredakan " Fikiran terganggu " dan mengingatkan kesetiaan kepada raja dan negara. Semacam dirancang, "Mentera Semerah Padi" yang berkumandang. Ku kuatkan suaranya ...


Hei kersani! Mengalir lah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu

Hei sepuluh! Helai daun sirih
Ku gentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat
Mengisi uratku
Agar bisa aku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok

Di mana bumi ku pijak
Di situ langit ku junjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan

Aku seru mentera pusakaku
Mentera semerah padi

Habis sebatang rokok untuk meredakan kegelisahan saraf ku.

Ya ... Di mana bumi ku pijak. Di situ langit ku junjung. Alang-alang menyeluk pekasam. Biar sampai ke pangkal lengan. Langkah akan di terus. Berundur jauh sekali ...

Relalah Aduka! Panggilan ilahi menyelamatkan rohani.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111