" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, May 11, 2010

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau stabil tetapi masih kritikal

“Beliau bertambah baik dan berada dalam keadaan lebih stabil tetapi masih kritikal,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob ketika mengulas keadaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kasim yang mengalami masalah kesihatan.

Adnan berkata, beliau mendapat laporan doktor bertugas selepas ADUN itu dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kelmarin selepas dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Rabu lalu bagi menjalani pembedahan akibat penyakit ulser tetapi mengalami komplikasi jantung.

Menurutnya, keadaan itu berbeza berbanding situasi Adun itu yang dilaporkan stabil namun amat kritikal ketika melawatnya Rabu lalu.

“Kita akan mencari ikhtiar sesuai supaya beliau boleh survive (berjuang) dan kita mengharapkan Zaharuddin kembali sembuh sedia kala,” katanya ketika ditanya pemberita selepas Majlis Kecemerlangan Pendidikan Negeri 2010 di Dewan Utama Yayasan Pahang (YP) di sini, semalam.

Hadir sama, Pengurus Besar YP Datuk Saariah Saad dalam majlis tahunan melibatkan 162 pelajar cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Menengah dan Tinggi Agama seluruh Pahang.

Dalam jumlah itu, seramai 10 pelajar menerima Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) 2010 antaranya pembayaran yuran pengajian mengikut kadar masing-masing, pemberian laptop serta tiket kapal terbang pergi dan balik percuma.

Sejak diperkenalkan pada 1998, seramai 43 pelajar menerima BKMB itu melibatkan nilai hingga RM5.6 juta.

Mengulas majlis itu, Adnan berkata ia sebagai tanda penghargaan untuk pelajar yang cemerlang selain menyuntik motivasi buat mereka serta pelajar lain untuk berusaha mencapai kejayaan.

Menurutnya, ia juga salah satu usaha Kerajaan Negeri melalui YP untuk melahirkan modal insan walaupun ia tanggungjawab Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pelajaran.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111