" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, May 5, 2010

Husam minta Najib jelaskan fakta sebenar

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mendedahkan butiran mengenai keputusan kabinet melepaskan kedaulatan Malaysia yang mengandungi dua blok telaga minyak kepada Brunei.

Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri, Datuk Husam Musa berkata, sebelum ini rakyat hanya mengetahui hal berkenaan melalui sebuah syarikat yang menguruskan operasi di medan minyak tersebut, Murpy Oil selepas konsesinya terbatal akibat penyerahan yang dibuat oleh kerajaan

“Perdana Menteri sendiri tidak pernah berterus terang dengan keputusan ini dan tidak mengambil langkah menjelaskan kepada umum sampai hari ini,” katanya ketika dipetik surat yang dihantar kepada Perdana Menteri semalam.

Kontroversi berhubung dua blok minyak itu timbul apabila Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam blognya pada Khamis lalu, mempersoalkan kenapa Blok L dan M tidak lagi menjadi milik Malaysia dan mendakwa keadaan itu menyebabkan Malaysia kerugian kira-kira US$100 bilion (RM320 bilion). Dr Mahathir mendakwa penggantinya, Tun Abdullah Badawi, telah menyerahkan kedua-dua blok itu sebagai pertukaran kepada Limbang.

Dalam pada itu, Husam yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri berkata, terdapat banyak keraguan yang timbul di sebalik pendedahan yang dibuat oleh syarikat minyak tersebut.

“Seperti disebut dalam kenyataan Tun Abdullah, ia adalah ‘overlapping area’(kawasan bertindih). Jika ia kawasan bertindih bagaimana lain seperti kawasan :JDA, (Kawasan Pembangunan Bersama): dan CCA (Kawasan Aturan Komersial), mengapa Malaysia dengan mudah melepaskannya.

“Jika kita tidak mempunyai hak ke atasnya sama sekali, bagaimana Brunei boleh mengizinkan kita terlibat sama dalam perkongsian pengeluaran bagi kedua-dua blok itu dalam tempoh 40 tahun?” katanya.

Dalam masa yang sama, Husam turut mempersoalkan adakah penyembunyian fakta ini ada kaitan semata-mata untuk menyenangkan hati Perdana Menteri di waktu itu dan seluruh kabinet menerima keputusan ini walaupun ia merugikan negara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111