" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, May 13, 2010

Kalau panas, MCA kena berdiri atau berlari?

Oleh Husam Musa

Presiden MCA telah keluarkan kenyataan pimpinan komponen BN kena boikot himpunan memperingati 13 Mei di Kuala Terengganu.Kerajaan Terengganu di mana seorang dari anggotanya adalah dari MCA secara lagsung atau tidak langsung, terlibat dalam penganjuran himpunan ini.

Maknanya, MCA sendiri terlibat, kecuali wakil tunggalnya menyatakan pendirian terbuka mengenainya.Apa guna Chua Soi Lek minta diboikot selagi MCA menongkat Umno?

Satu situasi sukar untuk rakan-rakan Umno dalam BN.

Soalnya, kenapa di Terengganu? Kenapa tidak di Sibu?

'Kebangkitan Melayu' yang menjadi tema himpunan ini, menjadikan bulu roma sesetengah orang berdiri.

Kepakaran Umno dalam mendirikan bulu roma sudah terbukti sejak dulu. Apa hasilnya selepas bulu roma berdiri selain kesempatan mengukuhkan kuasa politik UMNO untuk meneruskan mengaut kekayaan kelompok, samar.

Sebagai orang Melayu dan 96% rakyat Kelantan adalah orang Melayu, diharap pemimpin Melayu yang menghidupkan bulu roma dengan 'Kebangkitan Melayu' ini, dapatlah kiranya menunaikan hak Kelantan ke atas royalti minyak kami. Melayu Kelantan pun Melayu. Kenapa hak Melayu Kelantan dinafi?

Harapannya tipis, kerana tokoh tamu yang akan berucap, Tun M, adalah pemimpin Melayu pertama yang menyekat royalti minyak Terengganu dan malangnya, orang ini akan bercakap mengenai Melayu Bangkit!?

Melayu tidak akan bangkit tanpa mendokong Islam dan mendokong Islam tidak akan berlaku tanpa prinsip keadilan dan kesaksamaan yang telah diperkosa dengan hilangnya 'rule of law' dalam negara kita.

Jangan gunakan Melayu untuk Kebangkitan Umno dan dengan kebangitan itu, Melayu sekali lagi ditindas.

Datuk Paduka Husam Musa,
Exco Kerajaan Kelantan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111