" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, May 31, 2010

Kebesaran ALLAH di Pangkor.!!!



Peristiwa 1 :

Pulau Pangkor, 30/05/2010 - Pada jam lebih kurang 12.33 pagi satu peristiwa ' aneh ' telah berlaku di rumah naib ketua PAS Cawangan Pangkor di Kampung Sungai Pinang Besar iaitu sejadah yang selalu di gunakan oleh beliau untuk mendirikan solat telah di dapati berubah bentuk seperti orang sedang menunaikan solat. Sila lihat gambar di atas.

Kejadian ini di sedari oleh beliau ketika hendak masuk tidor. Beliau telah memaklumkan kepada isteri dan anak-anak. Ini nmenyebabkan rumah beliau tak putus-putus di kunjungi tetamu hingga sampai 2 - 3 pagi. Inilah kebesaran ALLAH..



Peristiwa 2 :

Pulau Pangkor, pada hari yang sama majlis perkahwinan Ketua Pemuda PAS Cawangan Pangkor telah di adakan bertempat di Kampung Sungai Pinang Besar iaitu Ustaz Shahril bin Saari dengan pasangannya Normarliatul Asma binti Samad, 30 tahun dan berasal dari Pantai Remis. Turut meraikan pasangan pengantin Ustaz Syed Sharim selaku ketua PAS Cawangan Pangkor bersama keluarga.

Kami warga PAS Cawangan Pangkor mendoakan semuga beliau bahgia hingga keanak cucu. Di samping itu beliau ingin merakam ribuan terima kasih kepada semua yang telah berkerja keras untuk menjaya majlis ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111