" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, May 16, 2010

Lesen Judi : ‘Ada Udang Di Sebalik Batu?’ Saturday, 15 May 2010 12:19 PM

KUALA LUMPUR : Masyarakat Melayu Islam perlu bangkit dan membantah keras lesen Judi Piala Dunia yang telah dihalalkan oleh kerajaan persekutuan pimpinan Umno-Barisan Nasional(BN) baru-baru ini.

Bagi Ketua Angkatan Muda Keadilan(AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi berkata orang bukan Islam juga menolak keras pemberian lesen judi ini kerana mereka juga sedar judi akan membuatkan masayarakat musnah dan porak peranda.

"Saya hairan ke mana hilangnya pemimpin BN yang sebelum ini tegas memperjuangkan Islam dan orang melayu tetapi berdiam diri dan tidak menegaskan pendirian mengenai lesen judi ini," kata Shamsul.

Menurut beliau berkemungkinan terdapat penyelewengan dalam pemberian lesen judi ini kerana menghairankan apabila lesen judi ini hanya diberikan kepada syarikat Berjaya sahaja.

"Mungkin wujud penyelewengan dalam pemberian lesen judi ini kerana lesen judi ini hanya diberikan kepada seorang 'tokey' besar sahaja. Kita merasa pelik mengapa hanya tokey ini sahaja yang boleh memiliki lesen ini," tegas beliau.

Beliau yang mewakili AMK dan seluruh rakyat Malaysia mendesak Perdana Menteri(PM) untuk menghapuskan lesen judi dan beliau yakin pemberian lesen ini mendapat bantahan besar dari rakyat Malaysia.EraPakatan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111