Oleh  Drs. Khalil Idham  Lim
Bekas Mufti Perlis, Dr  Mohd Asri Zainul Abidin disebut-sebut akan menyertai Umno bersama 100  ulama muda lain Jumaat ini.
Mengulas  mengenai perkara berkenaan, Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abd. Rauf Yusof  ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini berkata: "Ya, tunggulah  Jumaat ini."
Sementara itu bekas mufti  Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin menjelaskan bahawa beliau belum  membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.
"Saya  mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat  terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini," tulis beliau dalam  blognya.
Apakah sebenarnya disebalik berita yang saya kira  sengaja dihebohkan ini ?
Hakikat yang kita sedia maklum ialah  UMNO sekarang ini dalam keadaan cukup nazak dan kapalnya sudah hampir  karam. Isu-isu nasional yang muncul sejak akhir-akhir ini mengesahkan  UMNO semakin terdesak dan membukti sebagai pengkhianat kepada agama dan  bangsanya sendiri.
Dua contoh besar ialah pengkhianatan UMNO  kepada agama ialah dengan kelulusan lesen judi bolasepak yang jelas  membuak mata banyak pihak bukan sahaja pelbagai bangsa dalam Pakatan  Rakyat namun pihak di dalam UMNO sendiri yang merasa begitu tidak selesa  dengan kelulusan lesen judi tersebut.
Gelombang kemarahan rakyat  kepada "menghalalkan" judi tersebut jauh sekali bertentangan dengan  tatasusila dalam agama Islam yang selama ini dilakonkan oleh UMNO  merekalah sebagai pejuangnya.
Dengan isu ini kebenaran terselah  dengan sendiri hasil dari kerja UMNO sendiri bahawa yang membela islam  adalah PAS bukannya UMNO.
Penyerahan blok L dan M kepada Kerajaan  Brunei yang menyebabkan kerugian sebanyak RM 320 billion menyebabkan  rakyat nampak betapa pemimpin UMNO mudah sekali menggadai tanah air  kepada orang asing. Tidak berapa lama sesudah itu penggadaian tanah KTM  kepada kerajaan Singapura berlaku dalam keadaan isu Blok L dan M masih  belum reda.
Saya mengira Najib sudah dapat mencium bau bahawa isu  yang boleh menaikkan kembali dia ke persada rakyat tidak lain dengan  isu agama. Bukankah Pak Lah naik dengan isu ini. Slogan Islam hadhari  selepas menjadi PM mampu melonjakkan sokongan rakyat kepada UMNO dan BN.
Apatah  lagi 1malaysia tidak cukup untuk menyakinkan rakyat mengenai keberadaan  dan manfaatnya untuk rakyat dan negara.
Walaupun sudah banyak  wang dibelanjakan nampaknya 1Malayia tidak dapat menyakin sepenuhnya  rakyat khususnya kaum melayu kepada Najib. Apalagi masalah-masalah lapuk  yang membelik kehidupan Najib bila-bila masa boleh dimainkan oleh  Pakatan Rakyat.
Kerana itu kena ada sesuatu yang mesti dan perlu  dilakukan iaitu mengembalikan Najib kepada Imej Islam walaupun kejaannya  pun saya nampak agak tidak jelas. Yang penting itulah yang saya nampak,  bila Dr. Asri dikatakan ingin masuk UMNO bersama 100 lagi ahli agama  dan ada dikalangannya berkelulusan PHD.
Semacam ingin digambarkan  UMNO sudah benar-benar Islamik sehingga begitu ramai ilmuan Islam yang  ingin menyertainya.
Inilah kerja-kerja akhir hayat yang dilakukan  UMNO untuk menipu rakyat, dalam keadaan semua sudah tahu bahawa  bagaimanapun Umno di"makeup" dia sudah sangat tua untuk menngatakan ia  membela Islam tentulah sudah sangat terlambat dan buktinya terbentang  didepan mata rakyat bahawa UMNO adalah penghianat kepada agamanya  sendiri.
Malanglah jika benar ada orang agama yang ingin masuk  UMNO dalam keadaan orang yang jahil dalam UMNOpun sudah lari  meninggalkan UMNO. 

 
 

 
 
artikel orang bermimpi dan dalam khayalan. umno nak karan ke atau PR/PKR?
ReplyDelete