" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, July 5, 2010

Isu Permit Suara Keadilan : Lawan Tetap Lawan

Lawan tetap lawan. Kalau KDN anak jantan, dakwalah Suara Keadilan di mahkamah terbuka. Bukannya guna keputusan menteri mulut besar je..mana dia keadilan macam ni..lawan je..jangan biarkan BN perbodohkan rakyat

PKR: Suara Keadilan tetap diterbitkan walaupun tanpa permit

KUALA LUMPUR, 5 Julai — Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menerbitkan akhbar mingguannya Suara Keadilan minggu ini seperti biasa meskipun Kementerian Dalam Negeri tidak memperbaharui permit penerbitan yang luput Rabu lalu.

Kedua-dua Pengarah Strategi PKR Tian Chia dan Editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib mengesahkan yang akhbar itu akan diterbitkan, kemungkinan esok ataupun lusa.

"Biasanya Suara Keadilan akan diterbitkan pada Selasa... jika tiada halangan, akan diterbitkan esok seperti biasa," kata Dzulkarnain ketika dihubungi The Malaysian Insider.

"Sebagaimana dikatakan oleh Tian Chua, saya merasakan parti mendapati Kementerian Dalam Negeri ada niat jahat (kerana tidak memperbaharui permit," kata beliau.

Chua ketika ditemui di lobi Parlimen pagi tadi berkata, penerbitan akan diteruskan seperti biasa memandangkan keputusan kementerian masih belum jelas dalam soal memperbaharui permit.

"Apa yang kerajaan maksudkan tidak jelas, apabila mereka mengatakan bahawa permit tidak boleh diperbaharui tetapi penerbitan tidak diharamkan," katanya.

"Kami akan terus mengeluarkan sehingga satu keputusan dibuat," kata Chua lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111