" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, July 6, 2010

KDN akan serbu pejabat Suara Keadilan?

Oleh Nazri Abdullah

Akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan edisi terbaru hari ini tetap diterbitkan biarpun permit penerbitannya tamat Jun lalu.

Edisi terbaru hari ini meletakkan tajuk "KDN Ada Niat Jahat" di muka hadapannya dipercayai berhubung tindakan kementerian menggantung tidak bertali permit penerbitan akhbar itu.PKR selaku pemilik akhbar tersebut dijangka berdepan implikasi undang-undang di atas penerbitan tersebut.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Zaitun Ab Samad semalam mengeluarkan amaran bahawa PKR perlu menanggung risiko jika Suara Keadilan tetap diterbitkan.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Strategik PKR, Tian Chua kelmarin bahawa penerbitan Suara Keadilan tetap akan diterbitkan.

Sementara itu, kakitangan di pejabat Suara Keadilan di Seksyen 13, Shah Alam hari ini berada dalam keadaan berjaga-jaga ekoran desas-desus pihak KDN akan menyerbu pejabat mereka hari ini.

Difahamkan beberapa anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) dipanggil berkawal di hadapan pejabat mereka sebagai persediaan berdepan sebarang kemungkinan.H/D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111