Ramai yang terkejut dan tidak teruja melihat muka depan akhbar Sinar Harian Ahad lalu (4 Julai). Apa tidaknya, terpampang gambar Perdana Menteri Najib Razak sedang melihat gambarnya duduk sebaris dengan Pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat Kilau (foto). Frame gambar itu khabarnya dihadiahkan oleh UMNO Jerantut kepada Najib selepas beliau merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian itu. Lukisan gambar yang bertajuk "Pahlawan Melayu Pahang" itu jelas sekali menggambarkan bahawa puak-puak UMNO Jerantut mengikhtiraf Najib setaraf dengan pahlawan Melayu yang telah berjuang menentang Brtitis satu ketika dulu. Entah apa mimpi dan angan-angan puak-puak UMNO Jerantut sehingga tergamak membuat penghinaan terhadap Najib sebegitu rupa. Ramai yang kecewa dengan tindakan UMNO Jerantut ini, mereka jelas tidak dapat membezakan antara perjuangan sebenar dengan perjuangan manusia yang bertopengkan kebendaan semata-mata.
Menyamakan Najib dengan Mat Kilau sebenarnya satu penghinaan yang tidak ternilai atas segala perjuangan pahlawan Melayu Pahang itu. Soalnya sekarang, kenapa mereka beriya-iya benar mahu mengikhtiraf Najib sedemikian rupa? Sedangkan mereka tahu Najib ternyata gagal dalam segala macam hal. Mat Kilau adalah pejuang Melayu yang berasal dari Pulau Tawar Jerantut yang berjuang menentang penjajahan British di bumi Pahang dulu. Beliau dituduh sebagai pengkhianat bangsa gara-gara berjuang menghalau orang putih dari merompak segala khazanah dan hasil mahsul negeri Pahang ini. Perjuangan Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Bahaman dan ramai lagi adalah satu perjuangan yang luhur dan murni dalam usaha untuk menegakkan Islam dan keadilan di bumi Pahang ini dulu.
Perjuangan mereka ikhlas dan tidak mengharapkan imbuhan, pangkat serta ganjaran. Mereka berjuang menghalau penjajah British kerana mereka tahu orang Melayu yang beragama Islam di negeri ini akan "punah ranah" jika ditadbir oleh orang putih. Makanya mereka berjuang menghalau penjajah terbabit demi agama, bangsa dan negara.
Mereka sanggup bermandikan darah, berumah di hutan dan mengharungi berbagai onar dan duri semata-mata mahu membebaskan negeri ini dari belenggu penjajah. Namun, akhirnya mereka terpaksa lari serta dicop "penderhaka" dan "pengkhianat" semata-mata kerana mereka tidak mahu tunduk dan terus berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk membela rakyat. Mereka tahu, jika dibiarkan Inggeris menguasai pentadbiran di negeri ini maka akhirnya mereka akan menanamkan dakyah-dakyah serta fahaman barat ke dalam jiwa-jiwa orang Melayu yang beragama Islam di negeri ini.
Mereka akan membawa budaya mungkar untuk diterap dan diamalkan oleh orang Melayu. Maka, akhirnya akhlak generasi muda itu akan punah dan Islam hanya tinggal pada nama sahaja. Sebaliknya, akidah dan keimanan akan hancur luluh diperkosa oleh mereka. Inilah agenda barat dalam memesongkan umat Islam di negeri ini. Sebab itulah Mat Kilau dan pejuang yang lain bermati-matian serta berhempas pulas menghalau mereka dari terus mengembangkan dakyah-dakyah tersebut.
Sebagai bukti, kini kita dapat lihat begitu banyak sekolah-sekolah Inggeris yang menggunakan nama mubaligh mereka (St Thomas, Methodist Girl, Clifford dll). Akhirnya ramailah anak-anak orang Melayu yang dihantar belajar ke sekolah terbabit dan menerima dakyah penjajah itu. Akhirnya jiwa-jiwa anak-anak orang Melayu ini rosak akibat terdidik dengan asuhan dan budaya Inggeris. Mereka inilah yang kini menjadi perosak agama, bangsa dan negara. Mereka inilah yang kini menjadi penghalang perlaksanaan Islam di negara ini. Mereka ini jugalah yang kononnya berjuang untuk membela agama, bangsa dan tanahair. Padahal, mereka sebenarnya kini mendapat "ajaran British" dan gemar mengamalkan cara hidup barat sejak dulu, kini dan selamanya?.
Bayangkan jika Mat Kilau masih hidup? Sudah pasti beliau juga akan menangis dan sedih melihat kecurangan yang dilakukan oleh pejuang-pejuang UMNO itu sebenarnya. Maka mereka inilah yang kini memegang kuasa memerintah di negara ini dan dari sehari ke sehari menanamkan dasar penjajah kepada umat Islam dan orang Melayu. Sebab itulah orang Melayu yang telah rosak akhlaknya sukar untuk kembali kepada Islam dan rela diperalatkan mereka untuk meneruskan perjuangan berasaskan bangsa (nasionalisme) semata-mata. Siapa lagi kalau bukan pemimpin-pemimpin UMNO itu sebenarnya.
Disini mereka terdidik dengan sekolah Inggeris dan apabila menyambung pelajaran di luar negara pun mereka terdedah kepada budaya barat itu. Akhirnya mereka ini terpaksa menggunakan Islam sebagai hiasan semata-mata, sebaliknya pengisiannya kosong dan langsung tidak bernilai di sisi Allah SWT. Susulan dari itu, apakah layaknya Najib Razak diikhtiraf oleh puak-puak UMNO Jerantut setaraf dengan "Pahlawan Melayu Pahang" itu agaknya?. Pejuang Melayu terdahulu menghalau penjajah British dari bumi ini, namun "Pejuang Melayu UMNO" meneruskan dan menyokong dasar penjajah British itu sendiri. Bukankah tiada bezanya, antara penjajah dengan golongan yang meneruskan dasar penjajah !!. Dengan ini perjuangan Mat Kilau tidak boleh disamakan dengan perjuangan pemimpin UMNO apatah lagi Najib Razak sebenarnya.
Bezanya "bagai langit dengan bumi" dan "jauh panggang dari api". Bahkan, keturunan pahlawan Melayu Pahang tidak layak untuk berada dalam UMNO dulu, kini dan selamanya. Sebab parti itu juga meneruskan dasar-dasar Inggeris dalam undang-undang tubuh mereka tanpa merasa bersalah sedikit pun!
[Jika Mat Kilau masih ada sekarang ini, apakah UMNO akan dijadikan wadah perjuangnya? sedangkan UMNO itu menerima perlembagaan barat (penjajah)?. Inilah yang harus difikirkan oleh puak-puak UMNO Jerantut, jangan main hentam sembrono semata-mata untuk mencari populariti. Mungkin juga ada pemimpin UMNO Jerantut berfikir bahawa Mat Kilau berasal dari daerah Jerantut, makanya elok benar mereka mengipas Najib Razak dengan menyamakan PM itu dengan Mat Kilau.
Keturunan Mat Kilau selayaknya mati sebagai pengkhianat bukannya penjilat UMNO !!. Keturunan Mat Kilau tidak layak berada dalam UMNO yang mendaulatkan dasar penjajah di negara ini. Semoga puak-puak UMNO Jerantut insaf dengan perbuatan mereka yang sanggup menyamatarafkan Najib Razak dengan Pahlawan Mat Kilau. Malah, apa yang dilakukan oleh puak-puak UMNO di Pahang sekarang ini, samalah juga dengan apa yang dilakukan oleh British ketika menjajah negeri ini dulu. Mereka merompak sesuka hati khazanah dan hasil mahsul tanpa ada belas kasihan. Mereka tebang balak sana sini, rompak duit rakyat dan hantar balik ke negara mereka. Apa bezanya dengan pemimpin UMNO yang ada sekarang ini?. Saling tak tumpah macam penjajah British sebenarnya !!] Klik selamatkanpahang

No comments:
Post a Comment