" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, July 5, 2010

Sultan Johor Tuntut Najib Kaji Semula Jambatan Bengkok

Oleh IZMAS

BARANGKALI berita paling menarik dan menggemparkan seminggu lalu ialah mengenai titah baginda Sultan Johor yang baru, Sultan Ibrahim Ibni lmarhum Sultan Iskandar supaya kerajaan pusat mengkaji semula cadangan membina semula jambatan baru (bengkok) bagi menggantikan Tambak Johor.

Sultan bertitah, usaha menaik taraf Tambak Johor dengan membina jambatan tersebut amat penting bagi institusi Kesultanan Johor dan sentiasa ditunggu-tunggu oleh rakyat Johor sejak dahulu.

Sultan Ibrahim menyeru supaya kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan dengan serius rancangan asal pembinaan jambatan yang ditunggu-tunggu oleh warga Johor kerana ia amat penting kepada kemakmuran dan kesejahteraan rakyat serta institusi Kesultanan Johor.

Baginda bertitah demikian sewaktu merasmikan bangunan JB Central dan melancarkan Kembara Mahkota Johor 2010 di Dewan Menunggu Penumpang, JB Central Sabtu, 26 hb Jun lalu. Menurut baginda, berdasarkan kepentingan Tambak Johor kepada rakyat Johor, maka keluarga baginda sejak zaman moyangnya lagi, Almarhum Sultan Ibrahim sehingga ayahndanya, Sultan Iskandar sentiasa memberi sokongan kepada usaha menaik taraf Tambak Johor. Kata Sultan lagi, baginda sendiri terlibat dalam memberi pandangan dalam projek-projek pembangunan seperti bangunan Sultan Iskandar, JB Central dan pembinaan jambatan baru bagi menggantikan Tambak Johor yang sudah diluluskan pada 2003.

Reaksi sepontan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai seruan Sultan Johor itu pendek dan sengkat, tetapi kelihatan dahinya berkerut. Namun, secara bersahaja beliau menjawab dengan berjanji untuk mengkaji usul Sultan Johor itu tanpa huraian panjang yang sudah dipandang pemerhati politik sebagai tugas yang bukan mudah dan sebenarnya amat berat. Ternyata, Najib terpaksa membuka fail silam pembinaan Jambatan Bengkok yang sudah dibatalkan pembinaannya oleh bekas perdana menteri, Tun Abdullah Badawi tetapi sudah diluluskan oleh kabinet di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Soalnya, adakah Najib mampu dan berani menghadapi Singapura dalam isu itu yang dikatakan sudah muktamad apabila Abdullah membatalkan pembinaan atas alasan tidak dapat memenuhi permintaan pemimpin republik itu terhadap pembelian pasir dan penggunaan ruang udara Johor oleh jet pejuang negara jiran itu? Tugas itu pasti sukar dan memerlukan kajian mendalam oleh pakar undang-undang terkemuka negara dalam mencari jalan penyelesaiannya dan implikasi besar jika pembinaan jambatan itu dibantah oleh pemerintah Singapura.

Pembatalan jambatan Bengkok oleh Tun Abdullah pada tahun 2006 tidak boleh diterima majoriti orang Melayu Johor, Sultan Ibrahim dan Allahyarham ayahndanya serta Dr Mahathir - orang yang mencetuskan idea itu. Alasan Abdullah bahawa negara terpaksa membatalkan projek itu kerana desakan permintaan melampau oleh pemerintah Singapura terhadap pembelian pasir dengan kuantiti yang luarbaiasa dan penggunaan ruang udara Johor oleh jet pejuang Singapura adalah alasan yang sengaja ditimbulkan Singapura untuk menguji tahap keupayaan Abdullah sebagai perdana menteri sekaligus memperbodoh kebolehannya.

Permintaan Singapura itu boleh dipertikai kerana kabinet Malaysia sudah meluluskannya - termasuk Abdullah sebagai timbalan perdana menteri ketika itu - dan kedua pemimpin negara ketika itu, Dr Mahathir dan Goh Chok Tong juga bersetuju pembinaannya. Namun, apabila Abdullah dilantik menggantikan Mahathir, tiba-tiba saja Abdullah membatalkannya dengan alasan kononnya takut menghadapi desakan luarbiasa Singapura yang tidak mampu ditunaikan negara tanpa terlebih dahulu meminta pandangan seluruh rakyat dan kelulusan kabinet secara terperinci? Pembatalan jambatan itu telah menjerumuskan teruk imej dan maruah negara di mata pemimpin Singapura dan pemimpin bukan Melayu!

Projek sudah berjalan dan kerajaan sudah mengeluarkan perbelanjaan besar untuk melaksanakannya seperti yang dirancang, tetapi Abdullah tetap membatalkannya kerana takut menghadapi Singapura? Kerajaan ketika itu terpaksa membayar pampasan sekitar RM 254 juta kepada Gerbang Perdana – kontrektor utama projek itu - kerana membatalkan projek itu yang sudah dianggap membazirkan banyak wang rakyat tanpa sebab munasabah?

Kita sebenarnya boleh membina jambatan di bahagian perairan kita tanpa perlu meminta izin Singapura – dalam daerah kedaulatan tanah kita -, tetapi Abdullah masih tidak melakukannya walaupun dari sudut perundangan dibenarkan? Pendapat popular menyebut, ada campur tangan orang yang dekat dengan Abdullah yang mempengaruhi keputusan Abdullah secara drastik membatalkan pembinaan jambatan itu tanpa memikirkan kepentingan nasib dan kedaulatan negara. Dengan kata lain, seseorang telah mendapat keuntungan besar dengan pembatalan jambatan itu walaupun terpaksa menggadai maruah negara?

Najib dijangka dalam situasi serbasalah; mengkaji semula secara serius pembinaan jambatan baru sebagai memenuhi permintaan Sultan Johor dan pada waktu sama bakal menghadapi tindakan undang-undang dan permintaan sukar dari pemerintah Singapura jika jambatan dipersetujui dibina. Adakah beliau boleh memujuk PM Lee menukar pendirian dengan bersetuju membina semula Jambatan Bengkok?

Tidak dapat dinafikan isu jambatan itu menjadi cabaran terbaharu yang perit dan getir kepada Najib setelah namanya melonjak di mata rakyat dengan kosep 1Malaysianya. Jika beliau berjaya menanganinya, ia mungkin dianggap sebagai kejayaan besar yang boleh dibanggakan. Namun, jika berlaku sebaliknya, Sultan Johor, segenap warganya dan Dr Mahathir begitu hampa dan mengaggap beliau gagal berurusan dengan Singapura sama seperti Tun Abdullah dalam menangani pertikaian kritikal yang menyentuh kepentingan dan hak kedaulatan negara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111