" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, July 13, 2010

YB Nizar Bawa Isu Saman Ekor Ke Parlimen

Bagus YB Nizar. Ini yang kita nak. Saman ekor sebijik macam tangkapan ala ISA. Dakwa orang tapi tak kemukakan bukti di mahkamah. macam saman ekor ini. Saman ekor ini hanya untuk pihak polis dan jpj mentekedarah duit rakyat sahaja. Dalam islam pun tak ajar saman orang sesuka hati.

Nizar akan bawa isu saman ekor ke Dewan Rakyat

IPOH: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata beliau akan membangkitkan isu saman ekor dalam Dewan Rakyat kerana menimbulkan banyak masalah kepada orang ramai.

Beliau berkata, tindakan polis menguatkuasakan saman ekor bercanggah dengan undang-undang kerana pemilik kenderaan hanya boleh didakwa dan didapati bersalah di mahkamah dan bukannya diminta terus membayar saman.

"Pengeluaran saman itu agak samar...saya akan membawa perkara ini ke Dewan Rakyat dan minta ia diberhentikan serta-merta kerana ia satu penganiayaan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pada 9 Julai lalu, Ketua Trafik Persekutuan, Datuk Abdul Aziz Yusof, mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak merancang untuk mengkaji semula saman ekor berikutan rungutan orang ramai yang mendakwa tidak menerima notis saman.

Abdul Aziz berkata, dakwaan itu timbul akibat mereka tidak mengemas kini alamat masing-masing. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111