" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, August 17, 2010

Alahai Chua Tak Payahlah Goreng

Oleh: Shirzad Lifeboat

Projek Dana PAS Pangkor... Jom infaq !

Beberapa hari lalu dunia industri dan perniagaan, dikejutkan dengan perletakkan jawatan Mark Hurd, Pengerusi, CEO dan President Hewlett Packard (HP) , syarikat teknologi maklumat terbesar di dunia (dengan perolehan sebanyak USD114.6 bagi tempoh fiskal 2009 dan disenaraikan oleh majalah Fortune sebagai syarikat ke-9 terbesar di dunia.)

Walaupun bukan seorang Islam dan tidak dianggap sebagai rapat dengan umat Islam dan apatah lagi memperjuangkan sesuatu bersama-sama orang Islam, Hurd nampaknya lebih memahami prinsip moral terhadap masyarakat umum sebagaimana yang digariskan oleh Islam dan juga oleh agama serta juga budaya lain

Kesalahan gangguan seks terhadap pekerja wanita yang didakwa dilakukan olehnya mungkin merupakan satu pelanggaran moral di antara individu dengan invididu yang lain. Namun apa yang lebih penting ia adalah satu pelanggaran moral di antara individu dan masyarakat yang diwakilinya (dalam kes ini di antara seorang ketua pegawai eksekutif dengan 304,000 pekerja HP di seluruh dunia).

Perjuangan syarikat tersebut bukanlah satu perjuangan politik melainkan satu perjuangan perniagaan. Begitupun, di sebalik objektif keuntungan, teras paling utama budaya syarikat tersebut sebagaimana yang dipupuk oleh pengasasnya ialah: ‘Kita memiliki kepercayaan dan rasa hormat terhadap individu.’

Justeru dalam kenyataan ketika meletakkan jawatannya sebaik sahaja siasatan ke atas dakwaan pembabitannya dalam kegiatan gangguan seks terhadap pekerja wanita syarikat tersebut, Hurds antara lain berkata, “Ketika siasatan dalam progress, saya menyedari ada ketika-ketikanya saya gagal mencapai piawaian dan prinsip kepercayaan, rasa hormat dan intergriti yang sepatutnya saya dukung di HP…”

Prinsip kepercayaan, rasa hormat dan intergriti ini adalah antara prinsip Islam yang turut digunapakai dan didukung oleh masyarakat bukan-Islam di seluruh dunia dan merangkumi hampir semua bidang yang membabitkan manusia.

Jika ekonomi Barat yang dijanakan oleh kegiatan perniagaan syarikat gergasi mereka dilihat sebagai lebih berjaya dari ekonomi negara Islam, maka antara faktor yang menghasilkan kejayaan berkenaan adalah prinsip berkenaan. Prinsip itu pula dipupuk oleh masyarakat mereka dengan dibantu oleh amalan politik yang berhemah serta sentiasa menjurus kepada kebajikan rakyat dan keadilan mutlak.

Kita sebenarnya tidak perlu teruja dengan apa yang dikatakan oleh Marcus Olson dalam buku beliau The Rise Decline of Nations, atau Stefan Voight dan Lars P. Feld dalam makalah International Review Of Laws And Economics bahawa untuk mencapai pertumbuhan ekonomi dua perkara adalah diperlukan – iaitu dasar ekonomi yang baik dan peraturan institusi yang baik termasuk kehakiman.

Justeru apabila Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek menyalahkan PAS dan Umno menggunakan agama bagi memperkukuhkan pengaruh mereka ke atas orang Melayu dan akibatnya daripada ialah pembentukan dasar yang tidak progresif sehinggakan negara terperangkap dalam kategori kelas-pertengahan untuk tempoh lebih dari 10 tahun, maka ia mempamerkan minda politik sebenar beliau dan juga parti yang dipimpinnya.

Menyalahkan Umno, yang menerajui, setidak-tidaknya dilihat umum sebagai satu tindakan bagi mengelirukan penyokong dan bekas penyokong BN betapa UMNOlah yang patut dipersalahkan kerana menggunakan isu agama sehingga mengakibatkan kemerosotan populariti gabungan parti kerajaan itu dan sekaligus menjejaskan populari MCA di kalangan masyarakat Cina.

Walaupun, analisis paling buruk tentang kenyataan tersebut memperlihatkan wujudnya arus bahawan perkauman yang dimainkan oleh Chua, namun menyeret PAS sama dalam kenyataan berkenaan adalah sesuatu yang bersifat clownic atau ‘kebadutan.’

Dalam keghairan Chua memenangi semula hati masyarakat Cina, yang rata-rata sudah beralih ke DAP (dan merestui kerjasama DAP dan PAS), beliau mengalami ‘lelap-memori’ (memory lapses) bahawa realitinya UMNO sahajalah parti tunggal Melayu yang bertanggungjawab menggubal segala dasar ekonomi dan sejak negara mencapai kemerdekaan. PAS tidak pernah terlibat dalam penggubalan dasar kerajaan Persekutuan (walaupun pada satu ketika berada dalam kerajaan untuk masa singkat).

Oleh itu, sekiranya UMNO telah menggubal dasar yang tidak progresif atau mengakibatkan rakyat Malaysia terjebak dalam kategori kelas-pertengahan untuk lebih 10 tahun lamanya kerana mahu menambat hati orang Melayu tertentu (terutama 4 juta ahli parti tersebut), maka hal sedemikian tidak ada kena mengena dengan PAS.

Sebagai seorang pemimpin tertinggi sebuah parti politik Chua sepatutnya lebih faham bagaimana moral pemimpin dan pemeliharaan moral institusi kerajaan adalah faktor paling penting untuk kemajuan sesebuah negara yang memiliki pelbagai sumber ekonomi seperti Malaysia. Dan Chua sebagai seorang pemimpin politik dan ahli profesional Chua sepatutnya banyak membaca dan memahami betapa sebab kemuduran kebanyakan negara Islam adalah berpunca daripada ketiadaan atau kekurangan sumber ekonomi dan bukannya dasar yang salah atau penyalah-urusan sumber ekonomi sebagaimana yang sentiasa dikaitkan dengan kerajaan BN.

Paling penting bagi Chua sebagai ahli politik, sepatutnya apabila menyedari adegan asrama dananya dengan seorang wanita yang bukan isterinya dimuat turun ke dalam puluhan ribu komputer peribadi, komputer riba, i-pod, telefon bimbit, cakera padat dan lain-lain media penyimpan, beliau telah insaf dan faham serta menerima hakikat di antara moralnya sebagai individu dan moralnya sebagai seseorang yang mewakili dan memimpin kira-kira sejuta ahli MCA.

Bukankan sebagai pemimpin MCA, beliau lebih rapat dengan Islam, setidak-tidaknya dengan Islam yang diperagakan oleh UMNO dan tindakan paling baik adalah bersara sahaja dari politik untuk selama-lamanya tanpa perlu dinasihati atau ditekan oleh sesiapa sebagaimana dilakukan oleh CEO HP yang meletakkan jawatan secara sukarela apabila terlibat dalam isu moral seperti ini.

Begitupun, besar kemungkinan sama ada pemahaman Chua tentang Islam adalah terlalu cetek walaupun partinya ibarat abang-adik dengan UMNO atau Islam yang diperagakan oleh UMNO adalah Islam politik dan bukan Islam sebenarnya. Bukankan umum merasa begitu yakin bahawa ramai dari kalangan CEO dan tokoh korporat anjuran UMNO masih memegang jawatan masing-masing atau mengekalkan status mereka walaupun didakwa melakukan pelbagai perkara yang tidak bermoral?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111