Dana Kompleks PAS Pangkor... Jom infaq !
Hari ini Naib Presiden DAP, Dr Tan Seng Giaw beri signal yang hukum islam adalah untuk orang islam sahaja. Inilah kenyataan yang paling dinanti-nantikan oleh pemimpin PAS, yang takut pada DAP.
Nah sekarang, DAP dah bagi signal. PAS kena jalankan persiapan untuk laksana hukum islam untuk orang islam sahaja. Ini bukan sahaja tuntutan illahi, tapi juga memenuhi hak asasi umat islam. PAS perlu terkehadapan untuk membawa isu akidah ini.
PAS perlu banyak menerang, daripada membuat kenyataan nak hukum islam tapi cara dan langkah penerangan tidak diperhebatkan. Didiklah rakyat untuk mengetahui hukum islam ini. InsyaAllah Allah akan permudahkannya.
Tengok macam sistem perbankan islam. Bagaimana ia pada hari ini duduk sama tinggi dengan sistem perbankan konvensional. Ianya memerlukan perancangan rapi.
Dan isu hukum islam ini adalah pertaruhan besar PAS. Jika tak kena gaya, boleh tumbangkan PAS macam di Terengganu pada tahun 2004. Oleh itu ia memerlukan perancangan yang rapi. Bagi saya, penerangan adalah agen yang paling penting. Pada masa yang sama, tahap ekonomi masyarakat islam hendaklah memuaskan. Agar mereka tak kata, PAS ni asyik menghukum, tapi pembangunan ekonomi langsung tiada.
Jadi signal oleh Naib Presiden DAP itu, jelas memberi memontum besar pada PAS. Gerakkan perancangan secara tersusun, insyaAllah hukum ini akan tertegak jua di bumi ini.
Gunakan semaksimun mungkin mahkamah Syariah di setiap negeri diperintah PAS. Pada masa yang sama, bangkitlah memberi kesedaran pada semua rakyat akan kewajiban dan keberkesanan hukum ini menyelesaikan isu jenayah di negara ini..
Sumber : Justice 4 All
No comments:
Post a Comment