" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, August 26, 2010

Menentang Kapitalisme : Bagaimana Sistem Kapitalisme Mampu Menelanjangkan Anda?

Dana Kompleks PAS Pangkor... Jom infaq !

Sistem kapitalis sangat handal dalam membuatkan masyarakat dunia ketiga merasai sifat inferiority apabila kita tak punya produk mereka.

Detik paling menggembirakan bagi seseorang adalah apabila seseorang itu berjaya beli barangan branded.Betul bukan?Tipulah kalau anda tak ada perasaan macam itu apabila baru saja selesai shopping di butik2 upscale,branded dan mahal? Apatah lagi bila anda pulang ke rumah dengan sehelai t-shirt Adidas berwarna hitam dengan logo Adidas terpampang besar di dada.Gaya jalan pun tiba-tiba bertukar kerana bangga "anda pakai baju Adidas."

Mana datang perasaan hebat tu?Adakah perasaan hebat itu datang dari diri anda sendiri atau sebenarnya datang daripada baju yang anda pakai itu?

Sedarlah, you are nothing but a moving billboard atau dalam BM nya~ Anda hanyalah sepasang iklan bergerak.The worst thing is; anda yang membayar mereka untuk mereka menjadikan badan anda sebagai iklan percuma mereka.Jika logo-logo mereka tidak ada pada badan anda;anda rasa longlai,lemah,tidak yakin.

Mudah bukan sistem itu?Mereka buat produk guna khidmat buruh murahan,jual kepada anda dengan nilai yang tinggi kemudian jadikan anda sebagai tukang iklan mereka.Jika tiada produk mereka,anda loser,low class civilian bila beli kasut Bata.

Berapa orang kat sini bila beli kasut jenama Power,orang tanya kasut apa tu,anda akan jawab,"kasut ni beli kat Bata aje....brand Power" dengan muka malu. Cuba kasut tu kasut Nike...konfem jawapan anda,"ni kasut Nike yang terbaru,aku baru beli,harga dia ok la dalam 3 ratus lebih.Ada shock absorber kat sini.Design dia cun la,ada 3 choice colour...dapat paperbag Nike.Kasut ni teknologi yang paling latest,aku lari rasa macam terbang."

Aku pernah nampak ada seorang lelaki Bangladesh terpaksa pakai kostum yang diperbuat daripada karpet dekat Nilai 3 Negeri Sembilan (pusat beli belah kain dan karpet) sebab dia kena promote kedai karpet kat situ.

At least kostum dia free....dan dia dibayar gaji.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111