" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, September 22, 2010

Ceramah yang padat dari Ust. Suhaimi dan Cikgu Bard

Oleh: pasgongpauh

"Assalamualaikum, Ceramah yang menjadi media utama PR menyampaikan maklumat yang benar dan tepat akan diteruskan pada 24.09.2010 di markas PAS Gong Pauh dengan menjemput dua penceramah jemputan iatu Ust Suhaimi Mohd Saad, ketua pemuda PAS Pahang dan Cikgu Bard, ahli majlis tertinggi PKR pusat merangkap calon ketua AMK bagi pemilihan akan datang.Kedua dua mereka mempunyai keistimewaan tersendiri.

Ustaz Suhaimi terkenal kerana fact and figurenya di mana dalam ceramah ceramahnya pasti akan mendedahkan fakta fakta sebenar mengenai urus tadbir negeri negeri tertentu.Amat menarik untuk mendengar pendedahan alfadhil ustaz yang mahir menggunakan teknologi ICT dalam penyampaiannya.Kepada sesiapa yang ingin mengetahui fakta kebenaran dijemput hadir di ceramah yang akan diadakan ini.

Sementara Cikgu Bard sudah dikenali di seluruh negara kerana keberanian dan ketegasannya menentang penyelewengan dan menyatakan kebenaran.Cikgu Bard tidak perlu lagi diperkenalkan dengan kepetahan beliau mengolah ceramah berkaitan isu isu semasa yang hendak disampaikan kepada pendengar.Ketika negara digegarkan dengan isu isu besar termasuk pembunuhan, bunuh diri, penderaan amah yang melibatkan sex Threeesome, adalah pilihan terbaik untuk mendengar apa kata Cikgu Bard mengenainya termasuk teori teori kambing hitam atau mungkin juga teori unta hitam yang baru dibangkitkan di TKO sehingga artikal berkaitannya sedang menduduki ranking pertama bagi minggu dan bulan ini.

Menarik untuk membandingkan maklumat yang bakal diterima dari Cikgu Bard dan teori kambing hitam penulis serta dengan beberapa tuduhan terhadap penulis artikal yang dikatakan patut ditangkap polis kerana menyebarkan fitnah.

Ayuh turunlah beramai ramai bagi penduduk Kemaman dan sekitarnya untuk membuka minda serta membuat penilaian apa yang sedang berlaku di negara kita dan agar tidak mudah bagi kita membuat tuduhan melulu tanpa asas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111