" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, September 20, 2010

Guan Eng Nafi Dakwaan Sumbangan Warga Emas Dari Hasil Wang Judi

Sumber TvSelangor

Image Hosted by ImageShack.usKetua Menteri Pulau Pinang menafikan sekeras-kerasnya tuduhan pihak tertentu dan Pemuda Umno yang mendakwa sumbangan Kerajaan Negeri kepada warga emas dan waris mereka adalah dari hasil judi. Lim Guan Eng menyifatkan tuduhan yang dilemparkan itu adalah amat tidak bertanggungjawab dan tidak berasas sama-sekali.

Beliau menggesa Umno, yang menyokong kuat perlaksanaan lesen judi sukan supaya insaf dan memperbetulkan kegelinciran moral dalam parti mereka sendiri.

Dari laman Twitter-nya, Guan Eng menyifatkan tuduhan dari Pemuda Umno itu adalah perbuataan munafik.

" Hanya umno jahil sahaja cakap kerajaan Pulau Pinang guna duit judi bila lesen judi dibagi kerajaan BN. Mana kerajaan Pulau Pinang dapat wang judi? Ini kerja jahat munafik! tulis beliau dalam Twitternya malam tadi.

Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang meminta kerajaan negeri menjelaskan dakwaan satu laman blog yang menuduh warga emas Pulau Pinang menerima sumbangan hasil judi sebanyak RM100 setahun manakala waris keluarga warga emas yang meninggal dunia menerima RM1,000.

Kerajaan negeri menganggap dakwaan itu muslihat Umno menyerang kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng selepas gagal dalam isu khutbah bulan lalu.

" Kerajaan Pulau Pinang memberikan wang kepada rakyat ia dikatakan wang haram tetapi wang yang diberikan kepada kroni mereka bagaimana? Saham Bumiputera RM52 bilion halal sejak ia dirampas kroni BN!" ujar Guan Eng.

Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang Ng Wei Aik berkata sumbangan itu adalah hasil dari pendekatan jimat cermat yang diamal kerajaan negeri sejak Mac 2008.

“Pada 2008 perbelanjaan yang berhemah dan sikap jimat cermat oleh kerajaan negeri, daripada peruntukkan sebanyak RM318.56 juta yang dibelanjakan hanya RM283.15 juta. Penjimatan sebanyak RM35.41 juta atau 11 peratus telah digunakan untuk manfaat warga emas dan waris mereka yang kehilangan ibu dan bapa,” kata Ng.

Guan Eng Nafi Dakwaan Sumbangan Warga Emas Dari Hasil Wang Judi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111