" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, September 3, 2010

Ismail dilantik Ketua Polis Negara.

Tan Sri Ismail Omar akan menggantikan Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara, demikian diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam.

Ismail yang kini merupakan timbalan kepada Musa akan memulakan tanggungjawab baru mulai 12 September ini.

Pengarah Keselamatan Dalam Negara dan Ketenteraman Awam Pesuruhjaya Datuk Hussin Ismail akan menggantikan tempat Ismail.

Hishammuddin juga menafikan bahawa kontrak Musa tidak disambung ekoran tekanan pihak luar.

Sehubungan itu kata Hishammuddin, beliau berharap Musa akan terus memberi sumbangan kepada negara selepas bersara.

“Sudah pasti ia tidak kaitan dengan itu (tekanan luar),” katanya.

“Kita perlu mencari ruang untuk membolehkan beliau terus menyumbang kepada negara. Cuma, formaliti sebagai Ketua Polis Negara berakhir pada 12 September,” katanya lagi.

Musa, 59, mencapai umur persaraan wajib pada 2007 tetapi perkhidmatan beliau disambung dua kali.

Kepimpinan Pakatan Rakyat menggesa Musa agar meletakkan jawatan sebagai Ketua Polis Negara atas alasan kadar kes jenayah dan rasuah telah meningkat di bawah kepimpinan beliau.

Musa pula menekankan, beliau tidak pernah kecewa dengan keputusan perkhidmatannya tidak disambung.

“Saya tidak kecewa. Saya sudah memberikan segala-galanya kepada pasukan polis,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111