" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Saturday, September 25, 2010

JPJ Akan Kemukakan Cadangan Mansuh Saman Ekor Kepada Kabinet

Oleh : Greenboc

Jeli - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperhalusi cadangan memansuhkan saman ekor sebelum dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk mendapatkan kata putus, kata Timbalan Pengarahnya Datuk Ismail Ahmad.

Katanya, pihaknya sedar penguatkuasaan peraturan saman ekor itu boleh mengundang pelbagai kesulitan kepada pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan akibat disenaraihitamkan.

"Ini melibatkan dasar dan InsyaAllah cadangan itu akan dibawa oleh Ketua Pengarah JPJ (Datuk Solah Mat Hassan) kepada menteri berkenaan dan seterusnya kepada Kabinet," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di Sekolah Menengah Batu Gajah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Korporat dan Penyelidikan JPJ, Zairi Mat Ali dan Pengarah JPJ Kelantan, Abdul Ghani Che Kassim.

Pada majlis itu, kira-kira 200 peneroka berumur 45 tahun ke atas di jajahan Tanah Merah diberi kemudahan mendapatkan lesen memandu melalui ujian lisan.

Ismail berkata, kerajaan juga akan memperluaskan lagi program SKSJ ke seluruh negara, terutama di Sabah dan Sarawak kerana masih ramai penduduk kawasan luar bandar di negeri itu yang tidak memiliki lessen memandu.

Katanya, program itu yang dahulunya dikenali sebagai 'JPJ Bersama Rakyat' (JBR) diperkenalkan sejak 1990an bagi memberi kemudahan perkhidmatan secara terus kepada masyarakat luar bandar memperoleh lesen memandu.

Menurutnya, program itu akan ditetapkan sebanyak tiga kali setahun di setiap negeri dan mengikut keperluan kawasan pedalaman di sesebuah negeri itu, termasuk di Sabah dan Sarawak. -SH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111