" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Thursday, September 16, 2010

Kadar jenayah ikan bilis turun, kadar jenayah jerung meningkat

Oleh: notan

"Assalamualaikum..

Image Hosted by ImageShack.usBetul kata Hisyamudin bahawa kadar jenayah dalam negara menurun dan penambahan anggota polis berjaya mengurangkan kadar jenayah dan berjaya meningkatkan keamanan di kalangan rakyat biasa.Tetapi kadar jenayah berprofile tinggi nampaknya semakin meningkat dengan penglibatan penjenayah yang multi nasional dan multi racial semakin bertambah di kalangan rakyat 1Malaysia.

Pendek kata kadar jenayah kecil kecilan atau ikan bilis berjaya dikurangkan menerusi penambahan anggota polis(walaupun ada di kalangan mereka gemar menembak orang) tetapi penjenayah berprofile tinggi atau JERUNG masih berleluasa malah meningkat walaupun polis terpaksa menyelam di sungai sungai berhari hari mencari bukti.

Kesian polis yang gagal mengurangkan walau sedikit pun penjenayah JERUNG dan JERUNG RAKSASA dan yang didakwa dan dihukum sesudah penyiasatan yang begitu rapi dan teliti hanyalah kambing yang dihitamkan dan nampak benar polis dengan bantuan pihak pihak dan orang orang tertentu bijak menjadikan suspek penjenayah JERUNG ini kambing hitam yang kemudiannya, samaada disembelih atau diselamatkan.Malaysia yang sedang dikuasai JERUNG atau kata setengah orang MAFIA yang nampaknya menjadikan anggota polis seperti robotcop yang terpaksa menyelam di sungai sungai mencari cangkuk besi tandan kepala sawit untuk mensabitkan kambing hitam yang sedang diproses.

Kalau dulu UTK polis begitu komited menjejaki penjenayah ikan bilis macam Botak Chin, Mokhtar komando, Batang kali atau Kalaimutu (maaf lupa nama betulnya) dan hukuman terhadap mereka sudah ditetapkan sebelumpun dibicarakan di mahkamah kerana tiada hakim yang layak membicarakan mereka.Akhirnya tiada lagi penjenayah ikan bilis yang beroperasi di 1Malaysia sekaligus menjadikan kadar jenayah di kalangan ikan bilis ini semakin kurang dan polis dipuji melangit kerana berjaya mengurangkan kadar jenayah.

Tetapi apabila berdepan dengan JERUNG,anggota polis menjadi robotcop, menyiasat dan kemudian mendakwa kambing hitam.Kes pembunuhan terbaru di Morib, menuju hala yang sama, the making of "kambing hitam" sedang berjalan dan nantikan keputusan akhirnya.

Peningkatan Jenayah berprofile tinggi dan multi nasional dan multi racial menimbulkan banyak ketidak selesaan hidup rakyat biasa kerana setiap kali JERUNG bertindak, pasti akan ada pihak yang terpaksa merana seperti dalam kes Altantuya @Aminah Bt.Abdullah, anaknya yang tidak tahu siapa bapanya terpaksa hidup sebatang kara bergantung pula kepada datuknya yang sudah tua.Dalam kes pembunuhan terbaru ini pula, Arwah pegawai bank yang dibunuh meninggalkan anak anak yatim yang masih kecil yang hilang tempat bergantung dan seorang balu yang hilang tempat bermanja.Sedih kerana bukan sahaja sumber kewangan yang diragut oleh JERUNG tetapi kasih sayang juga dirampas tetapi JERUNG tetap bebas dan sentiasa bersedia untuk melakukan jenayah yang lain pula dengan kambing hitam yang lain pula.

Sampai bila pusingan JERUNG ini akan berputar? Sampai bila polis mahu menjadi robotcop?Sampai bila para pencacai UMNO mahu terus jadi bodoh sedangkan JERUNG terus pelapah meratah daging rakyat jelata?

Jenayah JERUNG akan akan terhenti apabila kerajaan UMNO/BN sekarang ini diturunkan dan diganti dengan kerajaan baru yang segar.Tiada cara lain dan tiada peluang kepada para pejuang keadilan dan kebenaran untuk berundur walau setapakpun selagi kerajaan UMNO/BN tidak ditumbangkan.Rakyat jelata yang terlibat dengan jenayah JERUNG dan yang simpati dengan nasib mereka yang menjadi mangsa JERUNG harus malah mesti menyokong perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111