" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, October 5, 2010

Survival PAS di Terengganu....(3)

Oleh: senik

"Assalamualaikum, Izinkan saya melanjutkan sedikit lagi analisa politik Terengganu yang saya anggap tersendiri dan istimewa.Dalam dua siri yang lepas saya ada menyentuh mengenai peluang dan halangan yang dihadapi PAS serta penglibatan segelintir ahli ahli baru selepas PAS tewas pada 2004.

Saya ada menyatakan bagaimana salah seorang dari mereka merupakan rakan baik saya yang turut menarik minat saya untuk melihat PAS dengan lebih dekat.
Memang saya akui selama ini PAS terlalu terpencil di Terengganu kerana ahlinya yang memilih untuk memencilkan diri dari masyarakat.Saya melihat perkara ini merugikan PAS dan saya bersetuju dengan kawan saya mengenai keperluan ahli PAS melakukan tajdid kemasyarakatan sesuai dengan dasar PAS pusat "PAS FOR ALL" dan pemimpinnya perlukan satu anjakan paradigma.Pada kali ini saya ingin mengutarakan satu perkembangan baru di Terengganu yang perlukan respon bijak dari PAS.

Perkembangan yang saya maksudkan ialah meningkatnya aktivit aktiviti tanpa parti(non parti aktivity) yang turut melibatkan NGO seperti JIM, badan kebajikan, jemaah tarikat yang bernama iftah(maaf kalau silap eja) dan terbaru diberitakan akan ditubuhkan jawatan kuasa masjid masjid daerah Kemaman,Begitu juga di sana sini terdapat banyak usrah dan jemaah mengaji alquran yang dikendalikan oleh ahli atau penyokong jemaah PAS tetapi bukan atas nama parti.

PAS perlu peka dengan perkembangan ini dan perlu bijak untuk memenafaatkan aktivti sebegini yang bertujuan baik dan untuk agama.Jemaah Tabligh juga tidak kurang pentingnya untuk memberi undi kepada PAS.Aktiviti mereka yang mengajak manusia kepada kebaikan sebenarnya baik untuk PAS.Kerana itu PAS tidak harus melihat kehadiran mereka sebagai pengacau seperti dakwaan "MENGAIL DI KOLAM PAS" dan seumpamanya.

Pemimpin PAS Terengganu harus akur dengan hakikat bahawa yang terlibat dengan jemaah hanyak sebilangan kecil rakyat Terengganu sahaja begitu juga yang terlibat dengan parti UMNO juga kecil, sementara yang majoritinya adalah orang orang atas pagar yang boleh diibaratkan sebagai "ikan dukang' yang menunggu habuan untuk makan sahaja.

Di sinilah PAS perlu bijak dan prihatin.Golongan majoriti ikan dukang itu boleh dipandu kepada laluan yang benar dengan santapan rohani bagi menggantikan habuan dana khas dan lain lain habuan duniawi UMNO.PAS boleh memenafaatkan NGO dan jemaah jemaah yang berbagai bagai yang tumbuh seperti cendawan sekarang ini dan bukan menolak mereka dengan tohmahan sesat dan seumpamanya.

Antara sebab kenapa rakyat Terengganu tidak lagi berminat berpolitik adalah seperti kata kawan saya kerana PAS menang pada tahun 1999.Keruntuhan moral rakyat Terengganu bermula sejak itu.Rompakan royalti minyak yang kemudian di agihkan kembali kepada rakyat secara haram menjadikan hati hati rakyat Terengganu hitam sementara sebahagian kesilapan dibuat oleh pemimpin PAS yang menjadi exco kerana membiarkan anak buah mereka bermaharajalela sehingga ada geng pemimpin yang dikenali sebagai 6 jahaman(6 jahanam terlebih dulu muncul di Terengganu dari video Vk Linggam).

Ini yang menjadikan Terengganu tersendiri dan istimewa dan keistimewaan inilah yang menjadi antara memangkin kepada kebangkitan di seluruh semenanjung.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111