" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, October 5, 2010

Tiga Tugasan Ke Putrajaya

Oleh: BayangDiAir

"Ada tiga tugasan penting yang perlu disempurnakan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat sebelum PRU13. Tugasan pertama ialah menyebarluaskan tawaran Pakatan Rakyat kepada rakyat sehingga mengetuk setiap pintu rumah sehingga di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Kedua meyakinkan umat Islam/Melayu bahawa PAS bersedia mengambilalih peranan menjaga kepentingan agama Islam dan bangsa Melayu dengan lebih baik berbanding dengan UMNO. Ketiga ialah merangka strategi peralihan kuasa yang teratur dan aman sekiranya memenangi PRU13 nanti.

Tugasan 1: Menyebarluaskan tawaran yang lebih baik.

Tawaran keadilan, akautabiliti dan kebajikan hendaklah dimulakan dari sekarang tanpa menunggu terciptanya manifesto apabila parlimen dibubarkan. Tawaran ini hendaklah dirancakkan melalui lisan dan tulisan (menerusi ceramah, media cetak dan eletronik serta laman sesawang). Memang benar tawaran ini sudah dikemukakan kepada rakyat melalui corong-corong mikrofon dan dada-dada Harakah. Yang hendak ditekankan di sini ialah kekerapan, kawasan liputan dan perinciannya agar rakyat faham dan yakin bahawa Pakatan Rakyat mampu melaksanakannya. Elok kalau majlis-majlis penerangan di setiap daerah mula diadakan melalui sesi dialog dan soal-jawab. Apabila para peserta faham dan yakin, merekalah pula yang akan menjelaskannya kepada kaum keluarga, sahabat, rakan sepejabat dan jiran tetangga. Jangan diharapkan kepada ceramah semata-mata yang biasanya menerangkan sesuatu tawaran secara umum dan tidak dapat dibahaskan oleh rakyat.

Tugasan 2: Meyakinkan Ummah bahawa PAS sebagai pengganti UMNO yang lebih bertanggungjawab.

Melayu masih skeptik terhadap kemampuan PAS untuk mengambilalih tempat UMNO hasil momokan dangkal para pemimpin mereka. Perkasa pula nanti akan memainkan peranan yang lebih agresif dan provokatif untuk menyelamatkan ketuanan Melayu melalui UMNO, tuan di sebalik tabir mereka. PAS mestilah menunjukkan komitmen tinggi untuk menjaga kepentingan agama dan bangsa Melayu. Bukti-bukti nyata hendaklah didedahkan kepada rakyat bahawa PAS selama ini ikhlas dalam perjuangan membela agama di samping dalam masa yang sama didedahkan temberang UMNO dalam memperkudakan bangsanya untuk survival segelintir pemimpin mereka. Agenda PAS yang membela agama dan bangsa di negeri-negeri Kedah, Kelantan, Selangor, Pulau Pinang (dan suatu ketika di Perak) perlu dibawa kepada pengetahuan rakyat. Berdasarkan maklumat ketika pilihanraya kecil Hulu Selangor dulu, masih ada penduduk kampong yang tidak tahu jasa dan bakti yang telah mereka terima daripada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Perkara seperti inilah perlu kita sedari jangan sampai syok sendiri dengan mengatakan semua rakyat telah mendapat maklumat.

Tugasan 3: Menyediakan strategi peralihan kuasa yang teratur dan aman.

Jangan ada sesiapa dari kalangan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat menjadi nujum dengan membuat telahan bahawa UMNO akan melakukan sesuatu yang tidak demokratik dan illegal demi menidakkan peralihan kuasa. Ini menimbulkan kebimbangan rakyat yang untungnya dituai oleh UMNO secara percuma. Sebaliknya, perancangan pelan A dan pelan B perlu disediakan untuk suatu peralihan kuasa yang aman dan teratur jika ditakdirkan memenangi PRU13 nanti. Di sini para pemimpin perlu bijak dan berstrategi dalam mengatur langkah ke Putrajaya dengan selamat . Para penyokong juga perlu diberi panduan ‘do and don’t’ agar mereka tidak menjadi sokong membawa rebah.

Demikianlah antara langkah proaktif yang perlu dilaksanakan segera agar Pakatan Rakyat mempunyai cukup masa untuk menerjah pemikiran rakyat ke arah perubahan yang menjamin generasi Malaysia hidup lebih harmoni, maju dan bersatu-padu antara kaum. Kita ( rakyat berbilang kaum dan agama) perlu mengangkat kembali maruah negara di mata dunia dalam segala aspek seperti ekonomi, pendidikan, sosial, sains dan tekonologi yang kian pudar oleh himpitan rasuah, ketidakjujuran, ketidakadilan yang berjenama Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111