"
‘Perhitungan Terakhir’, pertembungan yang berlaku dan berlangsung selama lebih enam (6) purnama telah sampai kemuncaknya.
Setelah berbagai hujah dan kaedah yang dikemukakan masih tidak menemui jalan keluar dan kata pemutus serta berpencak digelanggang dan medan yang tersedia masih tidak dapat menobatkan siapakah sebenarnya ‘pendekar’.
Maka hanya satu kaedah atau cara sahaja lagi yang boleh dilakukan iaitu dengan menyerahkan kepada ’Pendekar Mustar’ untuk memilih dan memutuskan siapakah diantara dua (2) Dato’ Panglima nya yang menjadi pilihan kalbu lalu dinobatkan sebagai ‘Pendekar’.
Untuk tujuan itu, YB Dato’ Mahfuz Omar telah menyerahkan surat perletakkan jawatan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Kedah Sato Sdn. Bhd. yang bertarikh 21hb. Disember 2010 kepada YAB Dato’ Sri Ustaz Azizan bin Abdul Razak berserta salinan kepada Setiausaha Syarikat.
Kini ‘bola’ berada dikaki YAB Dato Sri Menteri Besar, beliau paling layak untuk memutuskan sebagai ketua kerajaan yang empunya projek dan dengan pekenan beliau juga Dato’-Dato’ berada pada kedudukan mereka sekarang ini.
”Hijau kata Dato’ Sri, Hijau lah jadinya; Biru kata Dato’ Sri, Biru lah jadinya.”

Jauh lebih mengecewakan, khabarnya persiapan untuk majlis menanda-tangani pelantikan IJM sedang disusun-atur tanpa melalui proses-proses tertentu sebagaimana yang disarankan.

No comments:
Post a Comment