" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Saturday, December 25, 2010

PRK DUN TENANG - MASAKAN MAHU DITIPU BANYAK KALI

Oleh: wfauzdin_ns

" Oleh: Mandor

DIBERITAKAN seorang tokoh muda terkenal dari PAS yang juga orang kuat pembela Felda , Mazlan Aliman bakal menjadi calon PAS di PRK Dun Tenang nanti. Aku setuju sungguh jika beliau dicalonkan memandangkan Dun Tenang terdapat pengundi-pengundi dari golongan Peneroka Felda. Di situ kita akan melihat samada para Peneroka Felda ini masih tertipu atau tidak lagi dengan Umno.

Kerajaan telah menguji rakyat dengan kenaikan harga barang sekarang ini, maka di dalam PRK ini nanti adalah ujian samada rakyat gembira atau tidak dengan kenaikan harga barang tersebut. Jika mereka merasa gembira, maka mereka akan menyokong Umno/Bn, tetapi jika mereka merasa benci atau meluat maka pasti mereka akan mengundi PR yang diwakili oleh PAS.

Seandainya Umno/Bn menang, tidak mustahil Najib tidak teragak-agak lagi untuk mengumumkan kenaikan yang lain. Yang sedia menunggu untuk kenaikan selepas ini adalah bil letrik. Jadi, semuanya di atas pilihan rakyat terutamanya di Dun Tenang. Buatlah keputusan yang bijak, jangan sampai ditipu berulangkali. Masakan mereka lupa ditipu oleh Muhyiddin yang memberi jaminan bahawa minyak Ron 95 tidak akan naik , tetapi beberapa hari kemudian Najib umumkan minyak tersebut dinaikkan juga.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111