" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Sunday, January 9, 2011

Anjing dan Hukum Islam


Perlumbaan anjing baka Saluki di sempadan Arab Saudi dan UAE

As'salamualaikum semua.

Salam dari saya pembuka bicara , ingin kongsi ilmu kepada semua . Kita semua mengetahui bahawa haiwan yang boleh dipelihara atau yang tidak boleh kan ? Satu contoh yang ingin saya ambil ialah anjing . Kita sebagai orang Islam tidak boleh membela anjing tetapi boleh membela anjing sekiranya ia membawa manfaat tertentu . Apa maksudnya ini ? Kata tak boleh bela anjing tapi ini lain pulak yang diperkatakan . Mari semua , saya jelaskan dengan lebih terperinci supaya anda semua lebih faham apa yang saya maksudkan 'boleh membela anjing sekiranya ia membawa manfaat tertentu' .

Menurut penasihat Syariah Telaga Biru Sdn.Bhd , Dr.Zahazan Mohamed berkata , anjing merupakan antara segelintir binatang yang disebut di dalam Al-quran dan hadis Nabi S.A.W.

" Dalam surah Al-Khafi ada menyebut seekor anjing yang menemani pemuda-pemuda Ashabul Kahfi menanti di pintu gua tempat mereka tidur , untuk menakut-nakutkan musuh mereka .

Katanya , ini menunjukkan bahawa ada kebaikan pada anjing untuk umat islam .

" Dalam surah Al-Maidah pula ada menjelaskan bahawa haiwan liar yang ditangkap oleh binatang buruan seperti anjing adalah halal untu dimakan .

" Para ulama menafsirkan anjing boleh dibela , jika ia digunakan untu pemburuan , menjaga ladang yang terlalu besar atau untuk menjaga kambing , lembu dan binatang ternakan .

Bagaimanapun , Dr. Zahazan menjelaskan adalah tidak wajar untuk seorang Muslim membela anjing di dalam rumah tanpa sebarang tujuan .

" Ini kerana dalam satu hadis sahih riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim ada menyebut sekiranya kita membela anjing di dalam rumah tanpa ada sebarang keperluan , pahala kita akan berkurang setiap hari .

" Dalam kes lumba anjing , kalau anjing itu telah dilatih dan ditugaskan untuk berlari pantas dan memburu ia dibolehkan , tidak menjadi masalah , " katanya .

Kenyataan Dr.Zahazan turut disokong bekas Mufti Perlis , Dr.Mohd Asri Zainul Abidin. Katanya, tidak menjadi masalah bagi orang Islam untuk membela anjing sekiranya ia membawa manfaat tertentu seperti digunakan untuk menjaga rumah dan kebun .

" Islam tidak pernah menyuruh umatnya menganiyai anjing (seperti gambar di bawah) . Tidak salahnya membela anjing tetapi kita mestilah berlaku baik kepada haiwan tersebut dan hukum-hukum berkaitan anjing perlulah dijaga , misalnya air liurnya adalah najis .


Acara yang di haramkan oleh Taliban tetapi telah di 'halalkan' oleh pemerintah boneka afganistan sekarang

" Dalam hadis turut menyebur kisah seorang wanita yang memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan memperoleh pahala, " katanya .

Menurut Asri , tidak menjadi masalah sekiranya umat Islam membela anjing dan membawanya pergi menyertai pertandingan lumba anjing .

" Adapun tentang hadis yang menyebut membela anjing di dalam rumah dikurangkan pahalanya , para ulama membuat tafsiran bahawa kita disuruh untuk mementingkan manusia berbanding haiwan dan soal hospitaliti , kehadiran anjing mungkin membawa ketidakselesaan pada tetamu .

" Ada juga kajian menunjukkan bahawa anjing membawa penyakit . Bagaimanapun sekiranya anjing dibela di luar rumah dan memberi manfaat ia tidak menjadi masalah , " katanya .

walahualam .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111