" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, March 4, 2011

Apakah Pakatan Rakyat Benar- benar Mahu Menang Di Sarawak

Oleh Jebat Simunjan

71 kerusi DUN Sarawak kini terus mengamit perhatian seluruh rakyat Malaysia. Persoalan demi persoalan mengenai tarikh pembubaran DUN Aarawak sehingga kini masih lagi menjadi misteri semua pihak kecuali pemegang kunci mohor Dun Sarawak iaitu Tan Sri Pehin Taib Mahmud.

Hanya beliau sahaja yang tahu bilakah pembubaran DUN harus dilakukan. Dalam pada masa yang sama PRU 13 juga dikaitkan dengan tarikh pilihanraya DUN Sarawak memandangkan semakin kuat desas desus menunjukkan kepimpinan BN Sarawak merasakan goyah dengan suara-suara kebangkitan Sarawak.

Jika BN sarawak goyah maka pastinya BN Pusat juga goyah. Justeru itu salah satu cara yang paling selamat untuk menyelamatkan situasi goyah ini ialah dengan mengadakan pilihanraya serentak Sarawak dengan PRU 13. Maklumat demi maklumat pastinya diselidiki oleh pihak BN kerana mereka tidak mahu dalan PRU 13 nanti kedudukan mereka akan berkubur di tangan PR yang dipilih oleh rakyat. Tentunya persoalan ini cukup menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Samada pilihanraya DUN Sarawak berasingan atau serentak dengan PRU 13 itu tidaklah semustahak dan sepenting kemenangan yang ingin dicapai oleh pihak Pakatan Rakyat. Sesungguhnya keinginan pihak PR untuk menang dan menumbangkan calon BN dalam setiap pilihanraya cukup tinggi.

Namun jika pihak PR ingin menumbangkan kekuatan BN maka kerusi Sarawak yang dilabelkan sebagai simpanan tetap BN harus dilumpuhkan. Bukan mudah untuk meroboh kekuatan BN Sarawak di bawah pimpinan Taib Mahmud tetapi tidak mustahuil perkara itu boleh dilakukan. Kemenangan pihak PR menumbangkan beberapa kerajaan kuat BN dalam PRU 12 yang lalu masih segar dalam ingatan.

Semuanya boleh berlaku jika strategi perlaksanaan yang betul dan tepat boleh dilakukan oleh pihak PR untuk melakukannya. Dan jika pihak PR benar-benar ingin merobohkan kubu BN di Sarawak maka beberapa aspek penting perlu diperhatikan dan pertingkatkan kawalan bagi memastikan peluang untuk rakyat memilih calon PR di Sarawak boleh diperolehi. Tidak dapat tidak pihak Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) Sarawak merupakan fokus perhatian pihak PR. Sejak kekalahan BN pada PRU 12 yang lalu dan kemenangan PR di PRK Sibu yang lepas, semakin jelas tindakan dan peranan pihak SPR untuk mengekang kemaraan pihak PR dalam pilihanraya. Perkara ini mungkin mudah dinafikan oleh pihak SPR tetapi rakyat sudah semakin jelas nampak dan mengagak hala tuju peranan SPR dalam kerajaan BN. Pihak SPR telah bertemu dengan parti-parti politik yang akan bertanding dalam pilihanraya DUN sarawak pada 19 Februari yang lalu. tentunya semua pihak telah membincangkan banyak perkara berkaitan dengan sistem pilihanraya di Sarawak. Namun itu semua tidak menjanjikan pilihanraya yang akan dilangsungkan di Sarawak merupakan pilihanraya yang seadil-adilnya dan sebebas-bebasnya sperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Pertemuan itu hanya secara formaliti sahaja. Tetapi apabila berlaku pada peringkat perlaksanaannya tidak semua yang dibincangkan dan dipersetujui dalam pertemuan dgn pihak SPR akan dilaksanakan. Justeru itu maka pihak PR haruslah sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan terjadi. Dalam sistem pilihanraya perkara paling penting dan menentukan sesuatu kemenangan mutlak calon ialah undi rakyat. Maka pihak PR seharusnya bersiap sedia memastikan bahawa rakyat mempunyai hak yang sebebas-bebasnya dan dilindungi dalam proses membuang undi ini. Mungkin banyak pihak terlepas pandang aspek kerahsiaan undi ini. Meskipun sistem nombor siri sudah dihapuskan pada kertas undi tetapi itu belum cukup menjamin kerahsiaan undi rakyat. masih lagi ada suara-suara berani daripada pihak BN yang sentiasa membawa cerita bahawa undi rakyat masih boleh diketahui oleh pihak kerajaan jika mereka mengundi calon lain.

Dan inilah salah satu yang menyebabkan masih ramai rakyat yang takut untuk memangkah calon PR lebih-lebih lagi mereka yang kurang memahami status undi rahsia. namun ia tidak mustahil berlaku ? dalam sistem BN semuanya boleh berlaku. Tidak ada yang mustahil jika ia mampu memenangkan calon BN.

Pihak PR harus peka kepada aspek kerahsiaan ini. Jangan sekali-kali membiarkan hak rakyat untuk memangkah PR tersekat dek ketakutan undi mereka akan diketahui oleh pihak pemerintah. Keadaan ini mungkin membawa kesan buruk lebih-lebih lagi jika calon BN yang menang dan kuasa masih berada di tangan mereka. Kalau mereka kalah perkara ini mustahil untuk di ketahui.

Tetapi jika BN menang, pastinya post mortem melibatkan kertas undi ini boleh dilakukan oleh pihak BN. Kuasa berada di tangan mereka. bagi memastikan keselamatan dan kerahsiaan ini maka pihak PR seharusnya bersedia untuk mencadangkan agar TIDAK TERCATAT APA-APA MAKLUMAT PADA CERAIAN KERTAS UNDI. Ceraian kertas undi inilah yang masih mempunyai nombor siri.

Harus diingat kerani pengundian yang bekerja di pihak SPR, SPR pula bekerja di bawah kerajaan BN. Dan kebiasaan yang dilakukan oleh kerani pengundian ialah mereka mencatatkan nombor siri pengundi pada daftar pemilih setelah kertas undi diberikan kepada pengundi pada ceraian kertas undi yang tertinggal ini.

Jika tidak pun kerani pengundian tersebut akan mencatatkan nombor siri pada ceraian itu pada nama pengundi yang telah mengundi. Tindakan ini akan ditafsirkan oleh pengundi bahawa undi mereka masih dapat dikesan sekiranya mereka mengundi calon pembangkang. Perkara inilah yang menakutkan pengundi untuk memilih calon PR. Justeru itu adalah diharapkan agar pihak PR perlu memastikan perkara ini tidak berlaku dalam proses pengundian nanti.

Bagi memastikan perkara ini tidak berlaku maka pihak PR bolehlah meminta agar ceraian kertas undi yang dipegang oleh kerani pengundian tersebut diperiksa setelah proses mengundi tamat. Pastikan tidak tercatat sebarang nombor siri dicatatkan oleh kerani pengundian pada ceraian kertas undi atau pada nama pengundi pada daftar pemilih. Jika perkara ini mampu dilakukan oleh pihak PR maka nescaya keberanian rakyat untuk mengundi calon PR akan lebih terjamin lebih-lebih lagi bila berada dalam kubu kuat BN. Rakyat sebenarnya sudah muak dan sanggup untuk memangkah calon PR tetapi keselamatan mereka tidak terjamin sepenuhnya.

Ingat ! Jika pihak PR benar-benar mahu menang dalam pilihanraya Dun Sarawak atau PRU 13 nanti maka aspek ini perlu diperjuangkan oleh pihak PR sebaik-baiknya. Biarlah kebebasan rakyat itu terjamin dengan adanya sistem yang tidak menimbulkan keresahan dan ketakutan kepada rakyat dalam membuang undi mereka.

Pihak PR seharusnya tidak memandang enteng perkara ini kerana inilah kunci sebenarnya kekuatan undi BN. Agen tempat mengundi pihak PR juga seharusnya memahami perkara ini agar segala proses mendapatkan undi rakyat itu berjalan dengan lancar.

Jika PR mahu mendapat undi rakyat maka seharusnya keselamatan undi rakyat harus mereka perjuangkan dan pertahankan. Janganlah terlalu yakin dengan pihak SPR kerana mereka juga mendapat gaji, pangkat dan kedudukan melalui pemimpin-pemimpin BN. Diharapkan dengan kesunguhan tindakan pihak PR dalam meastikan aspek keselamatan undi rakyat ini mampu menjadikan demokrasi negara kita benar-benar membuktikan aspirasi rakyat terhadap pemimpin dan kerajaan yang dipilih.

* Jebat Simunjan. TQ.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111