" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, March 29, 2011

Busuknya bumi Malaysia dengan maksiat qazaf

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Selepas hampir 13 tahun, Ummi Hafilda diusung lagi oleh Umno ke seluruh pelosok negara untuk menceritakan bahawa Anwar seorang peliwat dan penzina. Di Kedah, dia berceramah di Taman Ria Jaya Sungai Petani atas premis dan tanah milik kerajaan negeri . Ia ceramah terbuka yang dibuat di bawah khemah di luar dewan. Pembesar suara juga boleh didengari di semua arah dalam jarak yang agak jauh.

Semua tahu bahawa ceramah terbuka tidak dibenarkan di Kedah buat masa ini. Ceramah Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar di Kampung Tualang telah dikepung dengan puluhan anggota polis, sehingga menakutkan orang yang mahu menghampiri tapak ceramah. Ceramah dibatalkan kerana tiada siapa berani hampiri. Begitulah tegas polis menghalang ceramah terbuka.

Jika peraturan serupa dipakai untuk Ummi Hafilda, permit sepatutnya tidak dikeluarkan oleh pihak polis. Di mana keajaibannya Ummi Hafilda tiba-tiba dia mendapat keistimewaan khas, permit ceramah diberi kepada penganjur. Dia mendapat kawalan ketat pihak polis dan anggota Rela. Bagaikan puteri kayangan.

Di kalangan yang datang mendengar, ramai juga penyokong Pakatan Rakyat. Mereka mendengar butiran ceramahnya yang turut mencerca PAS dan Tok Guru Nik Aziz. Ada yang berdesing telinga mendengarnya. Kalau ikutkan ‘fatwa’ Muhyiddin Yassin, Ummi layak dibaling batu kerana membuatkan pihak lain membencinya. Mujur akhlak mulia para penyokong PAS menyekat tindakan liar seperti itu.

Keesokannya, Ummi dijadual berceramah di Taman Wira Mergong, sebuah kawasan perumahan awam milik kerajaan negeri Kedah. Orang Alor Setar berbeza dengan orang Sungai Petani. Kehadiran Ummi tidak disenangi. Mereka melancarkan serangan di Facebook mengajak rakyat Kedah berhimpun membantah ceramah Ummi. Persis perhimpunan rakyat Mesir yang digerakkan melalui Facebook. Kekuatan pemuda berjaya menggagalkan ceramah fitnah Ummi.

Ceramah Ummi hanya mempunyai atas satu tujuan. Menceritakan bahawa Anwar Ibrahim seorang tidak bermoral; penzina dan peliwat. Hari ini juga, seluruh media maya Malaysia dikejutkan dengan penayangan video lucah kononnya ‘Anwar berzina dengan seorang perempuan muda’.

Tayangan video lucah itu diadakan khusus untuk beberapa kumpulan wartawan secara berkumpulan dan berperingkat. Laporan sebuah portal berita maya menyebut, tayangan diadakan beberapa sesi. Bahan lucah adalah diharamkan untuk sebaran dan penayangan umum di Malaysia. Polis mempunyai masa yang panjang untuk menangkap pihak yang menganjurkan program yang menyalahi undang-undang itu tetapi oleh kerana program itu bertujuan untuk memalukan Anwar maka semua yang haram menjadi halal. Tiada kedengaran cerita pihak polis memberkas mereka yang menganjurkan tayangan video lucah itu. Itulah piawaian undang-undang yang wujud di negara ini.

Rakan wartawan yang berpeluang menyaksikan tayangan video lucah percuma itu menceritakan bahawa ‘pelakon’ itu mirip Anwar tapi mereka yakin bukan Anwar. Kelihatan macam berbangsa Cina dan buncit perutnya. Mereka hanya dibenar menonton tetapi tidak dibenar merakam kerana jika orang ramai berpeluang meneliti rakaman itu, jelas pelakon itu bukanlah Anwar.

Sukar untuk mencari perkataan apa yang sesuai untuk menggambarkan betapa terdesak dan jahatnya golongan tersebut, sanggup melakukan apa saja untuk memusnahkan politik Anwar yang menjadi cabaran nombor satu kepada kekuasaan BN di negara ini.

Tuduhan liwat II, qazaf oleh Ummi Hafilda dan penayangan video lucah palsu itu adalah antara siri konspirasi panjang untuk membunuh karier politik Anwar. Qazaf atau menuduh orang berzina adalah satu dari dosa besar yang layak dikenakan hukuman hudud. Islam adalah agama yang mementingkan maruah seseorang.

Semua ulamak tahu hal tersebut tapi terdapat segolongan ulamak memilih untuk membisu terhadap gejala qazaf yang berlaku dengan berleluasa di negara ini. Mana pergi Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Harussani Zakaria, Md. Noh Gadot, Jamil Khir Baharom dan Dr. Mashitah sewaktu maksiat qazaf berleluasa di bumi Malaysia? Apakah kerana penggerak kemungkaran itu Umno maka mereka mesti diam seribu bahasa?

Naib Presiden PAS yang bukan dari kalangan ulamak, Salahuddin Ayub melahirkan kebimbangan dengan maksiat qazaf yang sedang berleluasa. Katanya, tayangan video lucah yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh pihak tertentu kepada para wartawan sebagai permainan kotor yang bertentangan dengan prinsip keadilan. Nampaknya pemimpin PAS yang bukan ulamak lebih prihatin terhadap isu qazaf berbanding ulamak pro Umno.

Itu baru isu qazaf yang berlegar di alam nyata. Qazaf yang tersebar di alam maya lebih dahsyat. Ramai pemimpin PAS dituduh berzina dengan sewenang-wenangnya melalui laman sosial. Tuduhan itu diulang-ulang dan diperlebarkan di sebahagian besar laman sosial pro BN. Pihak polis mempunyai kecanggihan untuk mengesan semua jenayah fitnah melalui alam siber itu tetapi mereka macam buat-buat pekak badak. Sehingga kini belum ada yang ditahan kerana menyebarkan fitnah zina terhadap pemimpin PAS.

Bumi Malaysia kini semakin busuk dengan maksiat qazaf, satu dari dosa besar yang dimurkai Allah. Barang dijauhkan Allah dari bumi Malaysia dirundung bala. Jika bala melanda kerana kerana maksiat qazaf, maka penyebabnya ialah Umno.

1 comment:

  1. Inilah balak yang di kenakan oleh Allah kerana kita suka bergaduh sesama Islam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111