" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Monday, April 18, 2011

Hosni Mubarak selalu menang dengan majoriti besar dalam pemilihan dinegaranya ...

Terbukti bahawa Pemilihan ke-10 negeri Sarawak telah menjadi sesuatu yang bagi kita para pejuang penentang kezaliman tidak boleh banggakan.Walau bagaimana pun, tahniah kepada Pakatan Rakyat, terutamanya DAP yang telah berjaya menggandakan bilangan kerusinya daripada 6 kepada 12 dan PKR dengan 3 kerusi sementara PAS turut berjaya menambahkan bilangan para pengundinya di situ.

Sikap gila untuk tetap berkuasa telah mengakibatkan segala macam taktik kotor termasuk melanggar dan memperlekehkan undang-undang , rasuah dan janji-janji yang tidak ada jaminan untuk dipemenuhi. Nadi Negara, PM dan seluruh para menteri kabinet dan wakil rakyat yang dipilih diperintahkan turun untuk turut berkempen.

Beberapa projek kos berjuta-juta dijanjikan, peruntukan dana segera untuk sekolah, gereja dan barang percuma, makanan percuma yang banyak sekali disertakan dengan hiburan.

Kerajaan BN Taib Mahmud yang korup terus mendendangkan bahawa mereka adalah satu-satunya parti yang dapat membantu memajukan negeri dan tidak ada orang lain. Kononnya Sarawak telah begitu banyak berkembang dan pesat maju.Persoalan besar, apakah ini benar?

Jika saya seorang rakyat Sarawak, saya akan bertanya, mengapa semua janji-janji jenis mee segera ini, rasa peduli dan prihatin hanya sewaktu kempen pilihan raya negeri tetapi selepas pilihan raya, semuanya pergi dan rakyat Sarawak akan dilupakan lagi sampai pemilihan yang akan datang seterusnya.

Keputusan pilihan raya Sarawak mungkin dapat dirumuskan secara rambang bahawa :

1) Separuh dari rakyat Sarawak hanya mempunyai satu cara atau lain untuk tahu tentang apa yang sebenarnya berlaku terhadap negeri mereka. Separuh lagi yang lain tidak tahu langsung dan menjalani kehidupan mereka yang biasa, sifar tentang apa yang terjadi dengan dunia luar dan malahan ramai yang mungkin tidak ambil peduli langsung sama sekali.

2) Walaupun ada gelombang yang menuntut perubahan, ramai yang mungkin tidak mempunyai keyakinan untuk mempercayai membentuk sebuah kerajaan baru.Mereka telah biasa dengan cara hidup mereka yang selama lebih dari 40 tahun dan tidak mahu mengganggu ketenangan.

3) Kerajaan yang berkuasa tahu kesalahan dan kesilapan yang telah mereka lakukan dan mereka sedar bahawa rakyat sangat marah. Tetapi mereka juga tahu bagaimana untuk mengatasi situasi tersebut. Mereka tahu bahawa mereka yang tinggal di kawasan luar bandar termasuk banyak lokasi yang sama sekali terputus dari orang lain lebih mudah untuk dipujuk dan ditenangkan. Selain itu mereka hanya kenal satu parti yang memerintah mereka selama lebih dari 40 tahun. Mereka berkuasa ke atas kawasan-kawasan mengundi tersebut yang merupakan sekitar 30% dari kerusi yang dipertandingkan.

4) Semangat kenegerian yang sangat menebal dikalangan warga Sarawak hinggakan mereka lebih rela ditipu dan dicabuli hak mereka oleh anak tempatan sendiri dan menganggap orang luar hanya bertujuan untuk menjajah atau cuba menunjuk ajar warga Sarawak untuk mentadbir negeri sendiri.

BN menumpukan lebih banyak usaha di kawasan semi-luar bandar di mana peluang menang adalah 50 - 50. Dengan kekuatan mereka dan jentera kerajaan dibawah mereka, SPR, PDRM dan pendukung tegar, mereka menaburkan wang di sana-sini tanpa kita ketahui dari mana punca datangnya dana tersebut . Selama lebih dari 40 tahun mereka tidak mampu mencari dana untuk pembangunan, tetapi tiba-tiba dalam pemilihan ini, berjuta-juta yang mengalir masuk.

Kawasan bandar adalah agak sukar tetapi menaburkan wang masih mampu menggoda mereka. Selain wang ringgit dan barang-barangan percuma, mereka mengancam, menghasut, memprovokasi, menggunakan emosi perkauman dan agama dan terburuk - berbohong .

Dengan serangan pihak kerajaan yang berkuasa, pembangkang hanya mampu gembira untuk mempertahankan kerusi mereka, dan menambah beberapa kerusi lagi.

Kini telah kita saksikan dan ketahui bahawa masih ramai rakyat Sarawak begitu mudah dibeli, dihasut, diancam atau diprovokasi dan percaya kepada pembohongan Taib Mahmud dan BN.

Ah! Hosni Mubarak yang telah tersungkur itu pun selalu menang dengan majoriti besar dalam pemilihan dinegaranya.Tetapi itu bukan merupakan bukti kukuh bahawa majoriti rakyat menyokong dan suka kepadanya.Begitu juga Taib Mahmud dan BN.Pakatan Rakyat perlu berusaha terus untuk menyedarkan mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111