Pages

Monday, April 11, 2011

Lima tuntutan pemuda Pakatan Rakyat

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang ingin mengajak semua menjiwai benar-benar akan firman Allah berikut: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepadamu seorang fasik yang membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakan sesuatu kaum kerana kebodohan yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu.” AL-HUJURAT: Ayat 6.

Berdasarkan ayat di atas, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang mahu rakyat bertenang terhadap fitnah terbaru yang dihalakan kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kita diajar meneliti sesuatu tuduhan, apatah lagi tuduhan & video seks fitnah itu datangnya dari Datuk Trio, yang seorang daripada mereka pernah bergelumang dengan pertuduhan merogol gadis bawah umur.

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang juga ingin menyatakan sokongan penuh kepada penafian tegas yang telah dibuat oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menolak sebarang perkaitan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan video fitnah tersebut.

Justeru, setelah isu ini menjadi tatapan dunia dan amat memalukan kita, serta demi meredakan keresahan rakyat terhadap fitnah terbaru ini, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang dengan tegas menuntut agar Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamad Najib Abdul Razak untuk mengarahkan agensi/institusi di bawah kuasa beliau ini untuk menunaikan segera perkara-perkara berikut:

Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM)
- Mengenakan tindakan kepada semua blog-blog yang sengaja menyiarkan video fitnah yang bertujuan mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Blog terawal yang didapati menyebarkannya adalah Papagomo & Gerakan Anti-PKR.

Unit Media Baru (Pemuda Umno Malaysia)
- Mengeluarkan arahan kepada semua blogger di bawah UMB agar menarik balik video tersebut dan meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Polis Diraja Malaysia (PDRM)
- Mengarahkan pihak Polis supaya dengan segera dan tanpa lengah terus menangkap Datuk Trio atas tindakan mereka yang terang-terang bersalah dan boleh didakwa mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574).

Kementerian Dalam Negeri
- Menggesa kementerian ini membuat siasatan rapi tentang video yang masih dalam siasatan polis, tetapi bocor di Youtube dan memalukan Malaysia di mata dunia.

Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan
- Mengarahkan agar semua surat khabar arus perdana keluaran Selasa 5 April 2011, meminta maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, keluarganya & seluruh rakyat Malaysia di atas terbitan gambar-gambar fitnah yang amat mengaibkan.

Dengan ini juga, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang dengan tegas menuntut agar Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Najib Abdul Razak meminta maaf secara terbuka di atas kegagalan beliau membendung Datuk Seri Anwar Ibrahim, keluarganya & seluruh rakyat Malaysia dari diaibkan secara besar-besaran di mata dunia

No comments:

Post a Comment