" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, September 21, 2011

Jangan biar momentum Bersih 2.0 pudar

Oleh Abd Shukur Harun

TIDAK ada siapa pun yang waras fikirannya menafikan kejayaan dan kesan besar Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara 9 Julai lalu. Bahkan Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri menhttp://dinmerican.files.wordpress.com/2011/06/bersih-2-01.gifgakui kesan himpunan tersebut menyebabkan imej kerajaan Umno-BN merosot.

Himpunan tersebut, telah menghantar isyarat jelas hampir ke seluruh dunia mengenai merosotnya demokrasi di Malaysia, sampaikan memakai baju-T kuning Bersih pun dilarang.

Ada kata-kata yang terdengar dulu bahawa andainya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menunaikan Lapan Tuntutan Bersih 2.0, maka kemungkinan besar Bersih 3.0 akan berlaku lagi. Namun selepas itu tidak kedengaran lagi, walaupun tuntutan Bersih 2.0 itu masih di awang-awangan, belum tentu hujang pangkal.

Kini Tuntutan Bersih 2.0 itu hampir-hanmpir ditenggelami oleh isu baru – sejarah perjuangan kemerdekaan, komunis dan Mat Indera. Riuh rendahnya memakan masa hampir sebulan, masih panas membara.

Saya tidak kata isu sejarah perjuangan kemerdekaan ini tidak penting, bahkan ia penting untuk menjadi perhatian rakyat betapa penyelewengan sejarah tanah air telah berlaku dengan sangat memalukan. Rakyat perlu mendapat versi sejarah yang benar-benar jujur, bersih, adil, tepat dan meyakinkan.

Sebab itu kita memerlukan sejarawan yang benar-benar jujur, setia pada ilmu dan tugasnya dengan tidak memihak manamana kepentingan politik parti.

Dengan kata lain sejarawan, walau setinggi mana pun kelulusan dan statusnya, ia dinilai semata-mata berdasarkan versi sejarah yang ditulisnya sama ada adil atau sebaliknya. Jika ia menggelapkan sesuatu fakta penting (dalam ilmu sejarah semuanya penting) maka bermakna ia tidak setia kepada ilmunya, tidak jujur dan tidak amanah. Orang seperti ini tidak boleh dipanggil sejarawan atau penulis sejarah, justeru ia mendedahkan dirinya kepada pelbagai prejudis dan tidak berkata benar.

Dalam hal ini isu perjuangan kemerdekaan tanah air ini memang penting. Namun ada isu, yang menurut fikiran saya, jauh lebih mendesak di depan, supaya terus-menerus diketengahkan iaitu isu Tuntutan Lapan Perkara Bersih 2.0. Ini memandangkan situasi yang semakin hangat menjelang pilihan raya (PRU) ke-13 semakin hampir.

Kini Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang khabarnya akan dibentuk tetapi fungsi dan rujukannya tidak diketahui dengan jelas, sementara sama ada kedudukan Tuntutan Lapan Perkara Bersih 2.0. akan diberi perhatian oleh jawatankuasa tersebut ataupun dikesampingkan begitu saja tidak diketahui.

Dalam keadaan terawangawang dan semuanya tidak menentu, saya merasakan Pakatan Rakyat berkewajipan terus memelihara momentum Bersih 2.0 itu. Dalam masa yang sama, sejumlah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempelopori Bersih 2.0 dulu itu sewajarnya turut membantu meneruskan momentum tersebut.

Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai itu adalah manifestasi kekecewaan rakyat terhadap SPR dengan merosotnya demokrasi. Para peserta pelbagai kaum dan lapisan masyarakat telah membayar dengan mahal akan harga tuntutan tersebut.

Ribuan orang – pemimpin dan rakyat - telah ditangkap (dibebaskan kemudiannya), ada yang cedera, malah ada yang mati. Keringat dan air mata rakyat telah mengalir dan ini sebuah sejarah tanah air yang sentiasa perlu diingati.

Kini, sudah tiga bulan berlalu. Pelbagai isu baru tercetus yang memang semuanya menghangatkan dunia politik tanah air. Kadang-kadang isu itu sengaja dicetuskan ke tengah-tengah masyarakat untuk mengalihkan perhatian kepada isu yang lebih penting. Oleh itu, pada pendapat saya momentum Berih 2.0 mestilah dikekalkan walau dalam apa keadaan pun.

Lebih-lebih lagi kini isu daftar pemilih masih jauh daripada bersih. Di samping itu pelbagai dakwaan mengenai status pengundi, nama-nama pengundi yang sama terdapat dalam daftar pemilih di beberapa tempat, penambahan jumlah pengundi yang mendadak di pelbagai kawasan, nama-nama aneh dalam daftar pemilih, tanpa alamat jelas dan pelbagai lagi. Semuanya ini menggambarkan kecelaruan untuk menghadapi PRU ke-13. Tidak syak lagi, semuanya ada hubung kait dengan Tuntutan Bersih 2.0 itu.

Sementara itu kerajaan Umno-BN masih membisu terhadap tuntutan supaya media yang dimiliki kerajaan bersikap adil dan seimbang dengan memberikan ruang liputan yang adil dan seimbang kepada parti pembangkang.

Ini juga sebahagian daripada Tuntutan Bersih 2.0 itu. Dengan sikap kerajaan yang membisu menghantar isyarat bahawa kerajaan tidak mungkin memberi ruang kepada pembangkang.

Siapa yang berkuasa dalam soal ini: Kabinet, Kementerian Penerangan atau SPR? Pihak SPR berkata, mereka tidak ada kuasa. Kalau begitu jika trend ini berkekalan, monopoli Umno- BN terhadap media akan kekal dalam pilihan raya akan datang.

Selama 12 kali pilihan raya umum diadakan di Malaysia dan pululuhan pula pilihan raya kecil dan negeri, bagaimana rakyat menyaksikan media TV dan akhbar milik parti kerajaan dipergunakan sepenuhnya untuk kempen Umno-BN.

Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru dan pilihan raya yang lain, kita menyaksikan cara persembahan akhbar dan TV milik Umno-BN ini kita seperti tidak tahu mereka melawan siapa. Seolah-olah Umno-BN bertanding seorang diri, tidak ada pembangkang yang dilawan justeru tidak ada ditunjukkan sebarang kempen pembangkang, wajah calon, poster dan sebagainya.

Yang ditunjukkan hanya kempen Umno- BN, ucapan pemimpin dan calon mereka dan sebagainya. Saya beberapa kali berkunjung ke Singapura dan Indonesia, menyaksikan pilihan raya parlimen dan presiden (Pemilu) di sana. Kelihatannya sangat terbuka dan adil, demokrasinya benar-benar hidup.

TV dan akhbar mereka memberikan ruangan yang adil kepada semua parti yang bertanding untuk menyertai forum, perdebatan, memberikan komentar pelbagai isu dan segalanya. Ini menyebabkan pilihan raya itu benar-benar menjadi ‘pesta demokrasi’ yang segar, hidup dan menarik. Ini berlaku di negara jiran kita, namun mengapa begitu sukar untuk mencontohi demokrasi mereka.

Oleh itu, dalam keadaan apa pun, momentum Bersih 2.0 itu perlu dikekalkan. Ia sebuah turning-point yang penting bagi rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama bahawa mereka telah melangkah ke depan, menuntut demokrasi dan kebebasan dalam lingkungan yang dibenarkan oleh udang-undang.

Pada pendapat saya, Lapan Tuntutan Bersih 2.0 itu mestilah menjadi asas tuntutan dalam sebarang rundingan untuk reformasi pilihan raya. Sesungguhnya rakyat prihatin sedang menunggu hasil perjuangan Tuntutan Bersih 2.0 itu dan rakyat sering mengingat puisi terindah ‘Ungguh Bersih’ Sasterawan Negara A Samad Said itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111