" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, September 2, 2011

Mat Indera, Guru Agama Bertauliah Seorang Komunis?


K/TERENGGANU, 2 Sept 11: Mat Indera adalah seorang guru agama yang mendapat tauliah agama dari kerajaan negeri Johor, kata AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik (gambar).

"Umno dan penjajah yang tuduh Mad Indera komunis," kata beliau ketika bercakap kepada kira-kira 500 perantau Terengganu yang pulang beraya di kampung semalam.

Beliau mengulas serangan Umno dan medianya yang bertubi-tubi terhadap timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang mancadangkan agar sejarah negara dikaji semula.

Ini berikutan dari dakwaan bahawa Umno melakarkan sejarah negara berdasarkan kepentingannya tetapi bukan cerita yang sebenar.

Mohamad Sabu berkata, isu serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950 telah diceritakan Umno sebagai penjahat menyerang hero iaitu polis yang mempertahankan balai itu.

Ia menjadi satu kepercayaan ramai apabila Jins Samsudin membuat filem Bukit Kepong pula berdasarkan persepsi itu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Menuduh Mat Indera seorang komunis, walaupun beliau seorang ustaz berperibadi Islam yang mendapat tauliah agama dari kerajaan negeri Johor... adalah sama dengan menuduh ustaz-ustaz UMNO tidak Islam, kerana menganut faham asobiiah kebangsaan yang ditolak oleh Islam. Apalagi kalau mereka itu pemimpin UMNO yang bukan ustaz... (IH) sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111