" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Wednesday, September 7, 2011

Melihat tingkah orang politik

oleh RAHMAN SHAARI

Sesekali, elok juga kita melihat tingkah orang politik melalui huraian psikoanalisis. Saya pilih pendekatan Neo-Freudian. Untuk itu, kita kenalah memhttp://mashibeats.com/images/ThePolitik_cover.jpgerhatikan ahli-ahli politik dengan agak teliti. Saya mendapati kecenderungan sejumlah mereka untuk tiba ke tahap neurosis adalah nyata. (Konsep ini dikemukakan Sigmund Freud). Cara berfikir ahli-ahli politik yang serius tidak menyamai cara berfikir pengikut mereka.

Ini samalah dengan penulis dan pembaca novel. Penulis novel ditemani neurosis, pembaca novel menyangka tumpuan novelis ialah mesej dan moral. Pengikut ahli politik memikirkan ahli-ahli politik itu pejuang, padahal mereka ialah pengejar jawatan yang menjunjung neurosis .

Silap besar jika kita anggap kesemua ahli politik adalah sama, dan demikian juga jika kita anggap semua novelis adalah semacam. Antara sederet ahli politik tentu ada pejuang, dan memang ada moralis antara sejumlah novelis.

Sigmund Freud kemukakan pandangan, anak lelaki bimbang kalau-kalau bapanya akan mengembirinya. Kebimbangan yang disebut castration anxiety ini menyebabkan anak sentiasa berhasrat menentang bapanya. Di samping itu, anak juga tidak menyenangi bapanya, kerana orang tua itu menguasai ibunya. Analisis ini bertolak daripada kisah Oediphus yang membunuh ayahnya dan mengahwini ibunya.

Merenungi pemikiran Freud, kita mungkin merasai keanehan yang tebal. Namun, apabila kita menerima Neo-Freudian, fenomena tersebut dapat dilihat jelas. Sebagai contoh, Anwar Ibrahim, dari segi politik, adalah ‘anak’ Mahathir. Penentangannya terhadap Mahathir disebabkan Mahathir menguasai Malaysia. Jika Mahathir sekadar menguasai Kubang Pasu, Anwar tidak akan mempedulikannya. Jika Anwar tidak bertindak melawan ‘bapanya’ pada akhir dekad 1990an dulu, beliau bimbang ‘dikembiri’ bapanya.

Anwar, dari segi simboliknya, telah melihat tokoh-tokoh terdahulu gagal mendapat tempat tertinggi, iaitu sebagai Perdana Menteri. Mahathir juga memberikan reaksi yang sejajar dengan tindakan Anwar. Maka berlakulah apa-apa yang sedang kita tontoni, biarpun zaman berubah, dan Najib pula yang mengambil tempat sebagai ‘bapa’.

Apabila kita mengaplikasi konsep Neo-Freudian ini, kita tidak perlu memikirkan soal penindasan, soalan perjuangan untuk rakyat dan lain-lain terlalu jauh. Apa yang penting dalam konteks politik ialah hasrat tokoh politik itu mendapatkan kuasa, yang dapat diibaratkan hasrat anak lelaki menguasai ibunya. Anak lelaki itu memusuhi bapanya.

Perhatikan penentangan Tun Musa Hitam terhadap Tun Mahathir pada akhir dekad 1980an. Penentangan itu berlaku kerana kononnya Mahathir bersikap tidak mempercayai Musa.

Sebenarnya, alasan memang dapat dicari, dan dapat dinyatakan kepada rakyat, sedangkan hakikatnya tokoh nombor dua sentiasa cenderung melawan tokoh nombor satu. Penentangan kedua-dua tokoh itu terhadap Mahathir adalah biasa menurut pandangan Neo-Freudian.

Perlu disebutkan, ketika makalah ini sedang diakhirkan, muncul berita bahawa Muhyiddin sedang memulakan penentangan terhadap Najib. Pada perkiraan usia, Muhyiddin lebih tua daripada Najib, namun dari segi jawatan Muhyiddin adalah ‘anak’ yang menunggu masa melancarkan perlawanan terhadap ‘bapa’nya yang lebih muda itu. Hal ini juga adalah logik biasa.

Melalui pendekatan begini, kita tidak akan berasa adanya konflik sejati. Pada masa ini, PKR sedang berusaha keras untuk mengatasi Umno. Pada masa lepas, Semangat 46 juga demikian. Kesemua itu tidak lain daripada anak melawan bapa, kerana berasa bimbang dikembiri, dan hasrat menguasai ibu. Memang ada tanda-tanda Mahathir berbuat tidak patut kepada Anwar, atau Anwar berbuat tidak patut kepada Mahathir, tetapi itu hanyalah asam garam orang politik.

Dalam PKR sendiri, berlaku perkembangan kisah mengikut jalur yang sama. Ezam Mohd Noor adalah teman akrab Anwar. Itu juga adalah ‘anak’ dan ‘bapa’. Jika Ezam terus setia kepada Anwar dalam PKR, adakah beliau akan memperoleh peluang menguasai ‘ibu’, sedangkan Azmin Ali turut berada di situ? Maka berlakulah peristiwa yang serupa: ‘anak’ menentang ‘bapa’.

Pembaca khasnya, rakyat umumnya, perlu tahu tentang tingkah ahli-ahli politik. Dengan pengetahuan ini, seseorang ahli PKR tidak akan memandang sinis terhadap ahli Umno, dan juga sebaliknya, kerana mereka tahu bahawa menjadi ahli parti politik tidaklah besar, hanya biasa-biasa saja. Memahami mereka juga tidak sukar. Perkara yang besar dalam konteks ini ialah memahami manusia, termasuk manusia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111