" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Friday, September 2, 2011

PERUTUSAN AIDILFITRI Presiden PAS :Jadilah manusia taat perintah Allah

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahilhamdulillah... ASSALhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrYy8ATGeWIaMABD4wSPnXWC0Pla7F9c4VPZKmShfBVpAnExNAwfo6XI0juwAPUYBcoa9eiWh0iqaPe2DnXoYm-bdDlF6nIMxrQD7j11wIxzTIkGQ4li_OwgBP1e-ShqmtccSXa2TQcBg/s1600/399px-Tuan_Guru_Dato'_Seri_Haji_Abdul_Hadi_Awang.jpgAMUALAIKUM.

Bagi pihak Parti Islam Se- Malaysia (PAS), saya ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam, dengan harapan kita telah menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadan yang menjadi medan tarbiah untuk melahirkan manusia yang bertakwa.

Bukan sekadar kita dapat me nunaikan kewajipan berpuasa dan mengisi ibadah lain di bulan Ramadan, tetapi dapat membentuk jati diri bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai manusia di muka bumi ini.

Begitu juga dengan ibadah puasa yang telah kita laksanakan, dapat mendidik kita untuk dekat dengan Allah, dengan mentaati- Nya laksana malaikat yang taat, seterusnya menjadi manusia yang memiliki kekuatan roh dan jasad yang berbeza dengan binatang.

Apabila berjaya ditarbiah di bulan Ramadan, dengan sendirinya kita akan menjunjung tinggi agama yang membezakan hak dan batil dan yang menjadi pertarungan dunia sejak dahulu hing ga kini.

Selain itu, ibadah puasa juga melatih diri bertarung dengan hawa nafsu yang bukan sahaja untuk mengalahkan hawa nafsu tetapi juga melatih diri mengalahkan musuh-musuh Islam dan mem beri kemenangan kepada Islam yang akan terlaksana keadilan di seluruh dunia yang di huni oleh pelbagai manusia.

Mudah-mudahan kita dapat menyambut hari raya sebagaimana yang dikurniakan kepada kita dengan membesarkan Allah, bu kan berhibur dengan leka dan melupakan kehidupan akhirat.

Sekiranya kita dapat melaksanakan hal tersebut dalam kehidupan kita khususnya hari raya ini, kita akan bertemu dengan Allah dalam penuh bahagia. Selamat hari raya.

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG Presiden PAS

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111