" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Saturday, October 31, 2009

xnak umno : kempen desak EGM - PAS

AMARAN : KHUSUS BUAT GOLONGAN YANG BOLEH BERFIKIR SAHAJA. Yang sudah tertelan pil wala.... di nasihatkan jangan baca.

Dalam pada berbual dengan kawan-kawan PAS petang tadi, apa yang aku dapati ramai yang tidak berpuashati dengan perkembangan terkini Parti Islam SeMalaysia.

PAS sudah tidak seperti dulu lagi, ramai yang membantah isu UG dan melahirkan ketidakpuasan hati mereka terhadap beberapa pemimpin seperti Hadi, Nasha, Hasan, Mustapa Ali dan ramai lagi yang bersekongkol dalam jubah UG.

Yang paling mereka menyampah adalah Mustapa Ali dan Nasarudin Mat Isa. Dari rentetan isu UG sehingga keputusan Mesyuarat Khas PAS dua hari lalu, masing-masing masih tidak dapat menerima keputusan dari Presiden Pas supaya di adakan Jawatan Kuasa Disiplin untuk menyiasat Hasan Ali.


Dengan bukti dari rentetan peristiwa dan komen orang ramai tentang individu terbabit, Tuan Presiden yang lurus bendul, malahan Mustapa Ali yang terlebih sudu dari kuah pula cuba mempertahankan kawan yang sama-sama memegang kad keahlian umno. Jadi apakah hasil jawapan yang bakal kita dapat dari Jawatankuasa Disiplin nanti?

Sama saja dengan Jawankuasa Disiplin umno…., hampeh la jawapannya kerana mereka ini amat yakin dengan teori Melayu Mudah Lupa dan hangat-hangat tahi ayam sahaja. Dan parasit-parasit ini akan bebas berkeliaran dalam parti sambil mengembang biak kan sokongan terhadap mereka, sehingga mencapai matlamat untuk tidur sebantal dengan umno, atas penjualan nama melayu dan islam.

Aku pun dah malas nak mempertikaikan perihal isu ini, cukuplah sejak beberapa hari ini aku memaki hamun individu yang dikatakan sebagai ulama/ostad sebagai keldai bawa kitab panjang berjela tapi mempunyai otak singkat dan bakal menjahamkan PAS demi nafsu serakah duniawi mereka sehingga sanggup membelakangi kepercayaan pengundi/penyokong mereka dalam daulah menegakkan negara Islam.

Dari perbualan petang tadi ramai yang berpendapat supaya di adakan kempen bagi mendesak supaya di adakan EGM – PAS seberapa segera demi untuk menyelamatkan PAS dari pemimpin-pemimpin yang memegang kad keahlian umno dalam PAS.

Ada yang mencadangkan supaya menghubungi dan mewar-warkan kepada semua penyokong/ahli PAS seluruh negeri supaya mengusulkan kepada PAS kawasan masing-masing bagi mendesak EGM. Jikalau boleh mengumpulkan 56 kawasan, maka tidak dapat tidak EGM wajib di adakan.

Hasil dari EGM tersebut, maka kita akan patuh dan berharap semoga segala kemelut yang melanda sehingga hari ini dapat diselesaikan, dan membuat halatuju persiapan untuk menumbangkan UBN dalam PRU-13 nanti.

Terpulang kepada semua sahabat seperjuangan, samada hendak membuat perubahan dalam Parti atau merelakan keldai-keldai pembawa kitab ini bermaharajalela atas nama jawatan mereka dalam parti.

Harus di ingat kedudukan mereka dalam saf kepimpinan bukanlah tiket untuk mereka mengabaikan kepercayaan pengundi dan penyokong mereka.

Dan harus di ingat juga, pencapaian mereka adalah kerana orang bawahan seperti kita, kerana kita mereka berada di atas dan kerana kita juga mereka boleh jatuh terduduk terjelepok….

sumber : ikutsukaaku

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111