" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Saturday, November 28, 2009

Abdullah Ubai dlm PAS : TokPa Baru Gohed Gear 1 Tapi Kena Gostan Balik

Oleh Gelombang Hijau

Sebuah Honda kapcai dah lama mati enjinnya. Kebuk dah berkarat biru melekat dengan piston tentu susah nak dihidupkan. Lalu Umno Kelntan melalui pemuda Umnonya cuba-cuba tolak kalau kapcai tu hidup. Tapi mereka tak tukar minyak hitam atau servis plugnya. Mereka mendesak SPRM segera menyiasat TGNA dan PMBK.


Aku duknampak ketua pemuda Umno Kelantan ni bijak 2% aje dari Mat Kerak bekas ketua pemuda Ganu dulu...pongpangpongpang macam ekzos kapcai pastu bila hilang pongpang senyap lah ia.

Kemudian Muhyiddin pula menyampuk nak tolong tolakkan honda kapcai tu. Laju dia menolak dan konfiden je. Yakin motor tu akan hidup jua. Muhyiddin kata Pas Kelantan sedang mengalami pergolakan krisis pimpinan yang kritikal dan konon MB telah gagal menyembunyikan keretakan dalam kemelut Pas Kelantan. Kapcai tu ada sikit hinjut macam mau hidup.

Kemudian TokPa dengan bangganya datang terus naik motor dan menghentakkan 'starter' lalu tanpa semena kapcai tu terhegeh-hegeh macam mau hidup. TokPa hentak lagi lalu tanpa diduga ia pun hidup serta menambahkan lagi keyakinan TokPa, Muhyiddin dan Sapian bahawa motor ini akan membawa mereka ke gerbang bahagia di Kelantan. Dengan gah TokPa berkata ;

Kemelut PAS Di Kelantan Boleh Jejas Kepentingan Rakyat : Mustapa

RANTAU PANJANG, 25 Nov (Bernama) -- Kemelut dalam Pas mengenai siapa pengganti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan boleh menjejaskan kepentingan rakyat kerana parti itu lebih memberi tumpuan kepada soal politik daripada menyelesaikan masalah rakyat, kata Ketua Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed.

Beliau berkata penduduk Kelantan sudah jemu dengan keadaan demikian kerana Pas tidak memberikan banyak masa untuk rakyat.

"Sehingga kini kita tidak nampak kemelut ini dapat selesai," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di stesen kereta api di sini pada Khamis.

Isu mengenai pengganti Nik Aziz timbul apabila Datuk Husam Musa, anggota exco kerajaan Kelantan yang disebut-sebut antara tokoh yang bakal mengisi jawatan itu, telah secara terbuka berkata beliau tidak mahu dipertimbangkan.-- BERNAMA


Lalu TokPa menekan gear satu supaya kapcai bergerakke depan. Dengan TokPa di atas kapcainya sebagai jagoan mengetuai ramai pencacai yang ada dibelakang dengan mengharapkan sedikit sebanyak balasan jika TokPa dan kapcai berjaya dalam perlumbaan.

Tetiba datang dua perkhabaran iaitu Husam Tidak Mahu Jawatan MB Kelantan, Ahmad Yaakob Lebih Layak dan Mohd Amar Setuju Ahmad Yakob Jadi MB Kelantan maka sedetik itu juga TokPa membayangkan harapannya hancur berderai.

Manakan dia bisa memenangi perlumbaan jika dua wirawan yakni Husam dan Mohd Amar menjadi saingannya? Dua bekas juara ini sudah dapat menghidu tektik TokPa sedari awalnya. Walaupun TokPa 'modified' honda kapcainya itu dengan segala kehebatan seperti 'turbo intercooler' yang diperolehi dari seberang jambatan bagi tujuan kemenangan tapi mana bisa Kapcai TokPa mengatasi kehebatan 'motorbike' 1000cc milik kedua seterunya.

Meskipun telah sebatang tiang TokPa menguji kapcainya dijalanan sayangnya TokPa terpaksa menyimpan angan-angan. TokPa bersama kapcainya dia gostan. Dikayuh kaki perlahan-lahan agar tiada siapa yang perasan bahawa dia telah telah tewas sebelum berlawan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111