" Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"
Image and video hosting by TinyPicsila hubungi Ust Syed untuk keterangan lanjut - 019 5121274

Tuesday, December 1, 2009

Abdullah Ubai berada dlm PAS : Antara Doa Dan Harapan Rakyat Kelantan

Oleh carleadbest

"TGNA adalah orang yang diamanahkan oleh rakyat Kelantan untuk menjadi ketua pentadbir juga yang berkaitan hal-hal rakyat. Sebagai orang yang bertanggungjawab,amanah dan tidak pernah memakan harta rakyat untuk kepentingan diri dan keluarga, tentunya beliau rasa amat sedih dan kecewa apabila sesuatu yang sebenarnya hak rakyat negerinya tidak dapat diberikan dan dirasai oleh seluruh rakyat Kelantan. Beliau amat merasakan terlalu besarnya dosanya pada rakyat Kelantan kerana gagal melaksanakan tugasan yang sukar ini.

Apakah yang beliau akan katakan pada Allah di Padang Masyar nanti apabila seluruh rakyat Kelantan yang berjumlah lebih sejuta ini menuntut hak mereka yang tidak dapat dilaksanakan oleh beliau selaku ketua pentadbir negeri.

Marilah kita membuat sedikit renungan daripada cerita sensasi terkini.

Anda adalah ketua sebuah keluarga yang aman damai dan mengikut cara hidup Islam sebagai pegangan anda sekeluarga. Anda diamanahkan dan dipertanggungjawabkan untuk menjaga keluarga ini supaya tidak mati kebuluran, tidak dipanasi matahari dan disirami hujan, tidak dikhianati dan seumpamanya. Anda ada harta keluarga yang perlu dieksploitasikan untuk mendatangkan pendapatan bagi keluarga ini tetapi apabila usaha itu telah membuahkan hasilnya, ada satu pihak dari pihak berkuasa merampas hasil anda dan cuba pula mengeksploitasikan dengan berbagai cara supaya anda tidak akan mendapat manfaat dari harta anda itu. Adakah anda marah dan kecewa. Sekiranya anda tidak bertindak, siapakah diri anda?

Kelantan mempunyai hasil bumi iaitu minyak seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak yang diperintah oleh BN tidak mempunyai apa-apa masalah dalam pembahagian royalti begitu juga Terengganu sewaktu di perintah BN dulu dan bertukar kepada wang eh. eh.. eh.. (my) san sewaktu PAS memerintah. Jadi mengapa kini tidak terjadi di Kelantan.

Memetik kata-kata Tengku Razaleigh Hamzah, “ Saya membantu membentuk dan membincangkan Akta Petroleum Negara dan sebagai bekas Pengerusi Petronas, saya menandatangani perjanjian berasingan mengenai pembayaran kepada semua Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Saya ingin tegaskan di sini bahawa Petronas terikat perjanjian tersebut dan Kerajaan Pusat tidak seharusnya mengganggu perjanjian itu, perjanjian terbabit dibuat dengan amat ringkas sehinggalah budak sekolah pun memahaminya.” - Sinar Harian, N8, Isnin, 30/11/09.

TGNA telah melakukan tindakan dengan tepat, demi rakyat tercinta dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Beliau rasakan Kerajaan Pusat telah menzalimi beliau dan rakyat Kelantan amnya dengan memutarbelitkan wang royalti. Sebagai seorang yang berfahaman tinggi dalam agama Islam tentunya beliau telah memikirkan semasak-masaknya akan tindakannya ini. Lalu kepada Allah dia memohon kerana Allah Maha Mengetahu apa yang sebenarnya berlaku. Dia telah lelah dan penat meminta belas kasih wang royalti ini kepada PM dan seluruh kepimpinan BN tetapi segala tindakannya diputarbelitkan media arus perdana.

Wahai rakyat Kelantan, aku bukan lahir dan beribubapakan di negerimu dan juga tidak menetap dan mencari rezeki di negerimu yang indah dan dipenuhi keberkatan itu. Aku insan lemah dan kerdil dan percaya akan ketentuan Allah swt. Tuntutlah hakmu. Berdirilah di belakang TGNA dan kepimpinan PAS Kelantan. Berdoalah dengan penuh harap pada Allah dengan linangan airmata. Doa adalah senjata orang Islam dan doa yang mustajab adalah doa dari orang-orang yang dizalimi. Aku juga akan terus mendokan seperti apa yang kamu doakan. Moga Allah mengabulkan doa aku ini dan doa tuan-tuan dan puan-puan juga. Amiin Ya robbal Alamin!

Wahai semua pemimpin-pemimpin BN, Menteri-Men teri, Menteri-Menteri Besar dan Tuan- Tuan Mufti yang saya sanjungi dan hormati, sekiranya Tuan-tuan dan Puan-Puan, merasakan rakyat Kelantan dan TGNA selaku ketua pentadbirnya tidak dizalimi di dalam tuntutannya wang royalti petroleum oleh Kerajaan Pusat di bawah pimpinan PM, jangan Tuan-Tuan dan Puan-Puan risaukan. Besar kemungkinan doa mereka tidak dikabulkan oleh Allah. Allah Maha Melihat Dan Maha Mendengar dan Allah Maha Mengetahui apa-apa yang ada di hati kamu semua. Tidak payah banyak berkata yang bukan-bukan, kerana apabila kamu banyak berkata-kata, maka banyaklah silap kamu.

Pohon maaf ikhlas dariku sekiranya aku terkasar bahasa dan mengguris hati kalian. Aku hanya meluahkan apa yang bersarang di hati.

Hanya kepada Allah aku bertawakkal.

Lawati blog saya: http://www.yangkudengaryangkulihat.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seksyen 111