Memang saya tidak mampu tetapi sekurang-kurangnya kita sebagai ahli gerakan Islam amnya dan ahli PAS khususnya tahu akan kewujudan dan aktiviti yang telah dirancang oleh kaum ini. Kalau tidak pun, ada juga yang akan memberitahu saya mana satu kaum munafik ini dan apa yang sedang mereka buat.
Tidak ada apa yang perlu dirisaukan di dalam PAS. Memang benar, kita boleh menerima segala cabaran dan masalah dengan hati terbuka. Pada kita itu adalah asam garam perjuangan. Itu adalah merupakan kayu pengukur kepada keikhlasan kita dalam perjuangan kita. Hal ini sama dengan kisah peperangan Hunain. Mungkin tidak tepat, tetapi itulah contoh yang ada dalam ilmu saya.
Kaum munafik setelah gagal dengan perancangan untuk UG, mereka hentam pula TGNA. Dari pelbagai pelusuk sumber dari sekecil-kecil perkara hinggalah kepada urusan haji. Lepas itu hal doa pula. Mereka cuba mencari laluan umpama usaha iblis untuk memperdayakan Nabi Adam a.s. Nampaknya mereka gagal.
Kini mereka sentuh pula orang-orang di keliling TGNA. Mereka umpama kumpulan serigala yang ingin menyerang mangsa. Di mana kumpulan serigala berkenaan akan mengencingkan dahulu kawasan di sekitarnya. Inilah yang mereka sedang lakukan.
Dalam pada itu ada juga yang umpama musang. Musang berbulu ayam. Entah macam mana, mereka wujud di dalam PAS dan cuba pula mengambil kesempatan untuk mengeluarkan kenyataan dan pendapat. Lebih malang lagi, musang-musang berkenaan telah berjaya menjadikan dirinya seperti bapa ayam. Ini lebih bahaya!
Wahai! Kaum munafikin. Kamu buatlah. Buatlah sesuka hati kamu. Kami mungkin akan digantung atau disingkirkan dari PAS dengan pelbagai alasan dan tuduhan. Namun kami mencari keredhaan Allah. Kami tidak mengejar kedudukan di dunia ini kerana kami yakin kedudukan di sisi Allah lebih utama. Cuma kami ingin ingatkan, kita akan bertemu dan diadili di hadapan Allah nanti. Sesungguhnya, hidup ini tidak lama.
No comments:
Post a Comment